Sunday, September 20, 2009

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS



Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sun Sep 20, 09 4:42:45 am MYT


Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Monday, August 3, 2009

UMAR AL MUKHTAR (asad ash-shuhra’)





Terjemahan: Yezmin Zulaikha

Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau.

Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.

Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica”

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan.

Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.

Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.

Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.

Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.”

Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain.

Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt. Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’

Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat.

Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri.

Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

`Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali

Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini.

Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.

`Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.”

Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah.

Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.

Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga.

Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di tali gantungan

Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas.

Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.

Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.
p/s : ape yg ana baru lalui 2 hari lepas cuma sedikit.. masya-Allah.. ya Allah, teguhkan semangat dan Imanku sepertimana semangat dan iman pejuang agamaMu yg sebelumku.. Amin ya rabbal alamin...

Tuesday, June 9, 2009

Waiting...



M.A.S.I.H M.E.N.U.N.G.G.U

Sunday, May 24, 2009

Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur



Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.

Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabiei kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya, semua tuntutan naluri tabiei dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat.

Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.

Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat.

Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.

Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.

Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.

Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.

Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.

Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.

Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.

Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.

Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.

Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.

Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.

Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.

Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.

Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup.

Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk.

Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.

b seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya. - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat @Harakahdaily.net

Thursday, May 21, 2009

Larangan al-Quran cegah 'selsema babi'

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, pasti tersimpan hikmah yang tersendiri dan mempunyai sebab yang kuat demi melindungi manusia daripada sesuatu bahaya dan bencana.

Pengharaman memakan daging babi di dalam surah al-Baqarah ayat 172, mempunyai kaitan rapat dengan jangkitan 'selsema babi' yang melanda dunia yang kini begitu mengancam nyawa manusia dan bukan pertama kali malah telah berlaku dalam sejarah yang sewajarnya di ambil iktibar atas setiap yang di perintah dan dilarang oleh Allah SWT selama ini kepada manusia.

Kata Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa Allah SWT melarang memakan babi itu kerana tuhan lebih arif tentang wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh badannya.

"Dia yang ciptakan manusia dan babi, dia jugalah yang tahu segala baik buruknya sesuatu. Oleh itu kita perlu taat, kerana setiap larangan Allah pasti bersebab yang kuat,

"Bahkan dalam al-Quran menyebut dalam permulaan surah Baqarah, ayat 172 itu dengan kalimah 'wahai manusia' bermaksud ayat ini tidak semata-mata dituju kepada orang Islam sahaja tetapi semua manusia termasuk orang bukan Islam yang jika mengikuti larangan ini, akan dapat juga mencegah daripada terkena wabak ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliahnya dalam rancangan Halaqah terbitan TV9 malam semalam yang bertajuk "Selsema Babi" bersama ahli perubatan, pendakwah dan penulis buku Dr Danial Zainal Abidin yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof.

Dalam pada itu, Dr Danial menjelaskan hasil kajian bahawa babi berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya sekalgus boleh menukarkan virus menjadi lebih merbahaya sehingga boleh membunuh manusia.

"Babi boleh memakan apa saja dan menerima semua jenis virus. Kemudia menukarkan virus yang ada padanya kepada virus yang lebih merbahaya seperti selsema babi. Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lenih 25 jenis penyakit," katanya.

Malah kata Dr Danial 'swine flu' atau selsema babi ini pernah melanda dunia pada tahun 1918 yang turut dikenali sebagai "Spanish Flu".

"Dalam journal yang saya baca, ada yang mengatakan telah membunuh 20 juta manusia dan ada yang kata 40 juta manusia. Dan wabak yang melanda dunia hari ini sama dengan Spanish Flu pada tahun 1918," katanya

Beliau turut mengemukakan hasil kajian barat, bahawa terdapat nasihat daripada pakar melarang memakan babi kerana membawa virus dan penyakit.

Babi katanya walaupun dimasak berkali-kali, terdapat sejenis kuman yang tidak mati yang 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa bahaya.

"Dalam Dinasti Ting, ada seorang tabib terkenal juga melarang orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larang tersebut dan memberitahu tentang bahayanya," kata Dr Danial lagi.

Dalam kesimpulan diskusi rancangan agama itu, Farid Ravi menjelaskan bahawa doa adalah merupakan senjata paling ampuh untuk mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini kerana ianya merbak secara luas dan tanpa sempadan.

"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Itu kuasa Allah. Penyakit yang ada di Mexico beribu-ribu batu sudah sampi ke negara jiran Thailand. Begitu cepat ia merebak.

"Kita mestilah berdoa banyak kerana itu antara senjata kita kerana kita tak mampu kawal semua. Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata," katanya.

Sementara itu Dr Danial pula memberi berapa panduan untuk mengelak berlakunya jangkitan tersebut antaranya seperti yang dianjurkan oleh agama iaitu sentiasa membasuh tangan.

"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin.

Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.

"Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya merupakan bahaya tetapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah, menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran.

"Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam al-Quran," katanya. - azm _
p/s: Indah hidup kerana Allah, Hidup selamat bersama Islam.. ~

Wednesday, May 20, 2009

Warkah buat kaum hawa..


Pakaian Remaja:Di mana silapnya??..



Bismillah..

"Pakaian Remaja?" jika kita dengar atau baca perkataan tersebut, secara automatik kita akan terbayang cara berpakaian remaja kita sekarang terutama pakaian remaja perempuan. Jenis pakaian yang paling awal tergambar di minda kita adalah pakaian mereka yang seksi, ketat, terlondeh sana sini dan dedah sana sini. Tidak dinafikan pakaian demikian juga dikenakan oleh belia dan orang dewasa, namun tumpuan kita kini adalah kepada golongan remaja yang bakal menerajui negara.

Cara berpakaian juga mencerminkan akhlak, jadi ia amat penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :



"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

Dari ayat di atas tadi, jelas pada kita bahawa pakaian sebilangan remaja kita kini bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Namun, mereka tidak menghiraukan yang demikian asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini. Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H', HALAL TAPI HARAM. Ini amat ketara jika kita perhatikan sekeliling kita, ramai juga remaja kita yang bertudung.

Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat, namun jika diperhatikan ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor di kalangan remaja yang bertudung. Suatu ketika dulu, pakaian demikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah pakaian yang dialu-alukan. Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak 'bersangkutan' dan 'berampaian' di gedung-gedung perniagaan di negara kita ini.

Pelbagai fesyen baru tumbuh bagai cendawan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja. Jika kita kupas '2H' memang banyak pengertiannya. Namun satu sahaja lagi yang akan kita perkatakan di sini, pakaian tradisi kita yang telah dieksploitasikan. Baju kurang misalnya, pakaian rasmi negara kita yang begitu sopan dipandang mata, namun yang menyedihkan kainnya telah dibelah sehingga menampakkan betis ketika si pemakai melangkah.

Trend 'punk', 'funky', 'rappers', 'gengster', 'skinhead', 'grunge' dan sebagainya juga mempunyai cara pemakaian mereka yang tersendiri. Trend demikian bukan hanya di kalangan kaum lelaki malah kaum perempuan. Walaupun pakaian remaja lelaki tidak begitu menimbulkan masalah dalam mendedahkan aurat, namun ia tidak sopan malah menjatuhkan maruah budaya negara kita. Ini kerana pakaian tersebut melambangkan kelemahan pegangan remaja kita terhadap agama dan budaya bangsa.

Bangsa asing mentertawakan akan kebodohan dan kelemahan remaja kita kerana dengan mudah mereka membeli dan mempengaruhi minda remaja kita. Sebilangan dari remaja kita juga, 'lupa' atau 'tidak tahu' akan jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya, sungguh kasihan. Golongan seperti ini adalah dilaknat oleh Allah. Ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Dengan sedikit contoh pakaian di atas, jelas pada kita bahawa cara berpakaian sebahagian remaja kita bertentangan dengan cara pakaian budaya Melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Para remaja begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno dan berfikiran sempit.

Islam memang menggalakkan kita untuk terus memajukan diri dan bukanlah menjadi kesalahan jika kita mengikut negara-negara Barat tersebut selagi ia tidak bertentangan dengan tuntutan Islam yang suci. Namun dalam hal pakaian, tidak sesuai untuk kita mengikut mereka, ini kerana pakaian mereka yang jelas bertentangan dengan Islam dan tidak sesuai dengan cara hidup negara kita yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja (MIB). Sebagai remaja Melayu Muslim, kita tidak perlu mengikut budaya asing dalam cara berpakaian.

Pakaian kita sudah cukup sempurna dan sopan dipandang. Berbaju kurung bagi kaum perempuan, manakala berbaju 'MIB' dan Cara Melayu bagi lelaki. Namun tidak semua pakaian tradisi tidak sesuai untuk agama Islam. Jika kita lihat pakaian tradisi Melayu, baju kebaya zaman dahulu contohnya, ketat dan antaranya dibuat dari kain kasa sehingga menampakkan kulit si pemakainya. Pun begitu, pakaian tersebut telah diperbaiki dengan rekaan pakaian kebaya labuh. Jadi kita bolehlah mengenakan pakaian tersebut.

Di sini tidak bermaksud agar remaja kita sentiasa mengenakan pakaian demikian, remaja kita boleh juga memakai mana-mana pakaian yang bersesuaian dengan situasi dan tempat. Bersukan contohnya, lelaki hendaklah memakai pakaian sukan dan berseluar panjang, manakala perempuan bertudung, berseluar panjang dan berbaju lengan panjang. Begitu juga ketika berjalan bersiar-siar dan makan angin. Walaupun tanpa memakai baju kurung, MIB atau Cara Melayu, remaja kita boleh juga memakai kemeja dan 'blaus' berlengan panjang, labuh dan tidak menampakkan kulit serta bertudung bagi kaum hawa.

Sebenarnya, tiada budaya yang tertentu yang mesti diikut dalam berpakaian. Kita boleh mengikut budaya kita sendiri atau budaya asing seperti budaya Arab dengan memakai jubah atau budaya Cina dan sebagainya selagi ia sopan dan memenuhi garis pandu yang ditetapkan Islam. Remaja itu sendiri yang tahu pakaian yang sesuai dengan selera mereka. Tepuk dada tanya selera! Paling penting hukum Islam jangan dipermainkan. (iLuvislam.com)

Tuesday, May 19, 2009

PAS tidak akan goyah walau demokrasi lumpuh !



KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengulangi dakwaan bahawa Barisan Nasional lah punca kepada krisis politik di Perak berlanjutan.

Semasa mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa pembangkang punca kepada krisis itu, Presiden PAS menyifatkan "Bak kata pepatah Arab dia memukul saya, dia yang menangis,"

"Dia yang zalimi saya dia yang mengadu" sambung Presiden PAS meneruskan ulasannya ketika ditemui Harakah pada 18 Mei lalu di pejabatnya dekat sini.

Beliau juga mempersoalkan pihak mana yang terlebih dahulu menimbulkan kekecohan sehingga rampasan kuasa berlaku di Perak.

"Siapa yang menimbulkan kekecohan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak?.Semua tahu BN melakukan rasuah politik dan rasuah," katanya.

BN juga kata Tuan Guru Abdul Hadi mengambil langkah melantik Menteri Besarnya dan memecat MB yang sah (Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin) tanpa tanpa mengikut prosedur termasuk melalui sidang dewan atau mengikut perlembagaan.

Tuan Guru Abdul Hadi juga menyatakan tindakan BN itu membelakangi proses demokrasi yang baik.

Beliau juga berpendirian seandainya tidak berlaku pembubaran Dun, negara menuju ke arah melumpuhkan demokrasi.
"Kita beri amaran, perjuangan PAS tidak akan luntur walaupun demokrasi dilumpuhkan," katanya

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Pakatan Rakyat mahu Dun Perak dibubarkan dan hak memilih kerajaan yang sah perlu diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Pakatan Rakyat menghormati Istana tetapi yang membuat keputusan bukan Istana, bukan hakim tetapi rakyat.

"Di Perak kita yakin akan menang lebih besar kerana (rakyat) mahukan perubahan," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman menegaskan sudah tiba masanya rakyat Perak diberi peluang menggunakan hak mereka bagi menentukan kerajaan pilihan mereka.

Ujar Abu Talib, perkara itu adalah selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan hanya kerajaan yang stabil akan dapat memastikan hak kepada keamanan dan pembangunan.

Insiden yang berlaku semasa sidang Dun Perak 7 Mei lalu, dimana polis dan kakitangan awam bertindak bersama kerajaan yang memperoleh kuasa dengan keadaan yang kontroversi membelakangi prinsip hak asasi, katanya.

Mereka yang bertugas dalam polis dan pentadbiran mesti tetap setia kepada kepentingan awam dan menghormati hak asasi manusia, katanya.

"Usul memecat Speaker Dewan yang sah dan pengusiran beliau dari dewan serta tindakan polis menyebabkan kebimbangan dalam kalangan ahli masyarakat keseluruhannya.

"Seterusnya menimbulkan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi kepentingan awam," katanya dalam satu kenyataan pada 18 Mei kepada media.

Menurutnya, Malaysia adalah negara demokratik yang berpegang kepada hak asasi manusia dan sistem perundangan adil.

Namun, kecelaruan yang berlaku pasti meninggalkan titik hitam dalam usaha kita mempromosi prinsip demokrasi dan hak asasi manusia.

Sehubungan itu, katanya kerajaan diharap akan dapat bertolak ansur dan menghargai demonstrasi awam secara aman berbanding polisi dan tindakan yang dianggap kurang popular. _

Abu Sulaiman al Utaibi (Taliban) - Mengapa kita berjihad?



Mengapa kita berjihad? (1)

Mengapa kita berjihad? (2)

Another asobiyyah (indian) based party..


Another asobiyyah (indian) based party..

Monday, May 18, 2009

Takutkan celaan manusia?..


Kebanyakan manusia menjadi binasa kerana takutkan celaan dan sukkan pujian seorang manusia. Oleh sebab itu, gerak geri mereka seperti dikawal supaya menepati semua kemahuan atau citarasa manusia lainnya kerana mengharapkan pujian dan takutkan celaan. Hal ini sebenarnya termasuk dalam hal-hal yang membinasakan dan perlu ditangani segera.

Cara merawatnya adalah dengan melihat kepada sifat keistimewaan yang menjadi bahan pujian itu. Sekiranya ia benar-benar terdapat pada diri kamu, maka ia tidak terkeluar dari dua keadaan itu samada sifat tersebut sememangnya sifat tersebut patut disukai seperti ilmu dan wara’ ataupun perkara yang tidak sepatutnya disukai.

Dalam keadaan pertama – perkara yang sememangnya patut disukai-, cara merawatnya ialah dengan berwaspada dengan su’ul khatimh (kesudahan yang buruk). Sikap berwaspada dan menaruh perasaan bimbang terhadapnya akan menjadikannya tidak terlalu gembira dengan puji-pujian. Sekiranya kamu merasa gembira dengan memiliki sifat istimewa itu kerana gembira kerana mengharapkan husnul khatimah (kesudahan yang baik), kegembiraan itu hendaklah atas dasar mensyukuri limpah kurnia Allah s.w.t yang telah memberikan kepadamu ilmu dan taqwa, bukannya kerana pujian manusia.

Manakala keadaan yang kedua iaitu dipuji kerana pangkat dan hartanya, perasaan gembira dengannya adalah seperti merasa gembira dengan tumbuh-tumbuhan di bumi yang lama selepas itu akan mati kekeringan. Hanya orang yang cetek akalnya yang merasa gembira atau seronok dengan perkara tersebut. Sekiranya sifat yang menjadi bahan pujian tersebut tidak ada pada kamu, pasti dia dianggap gila jika kamu merasa seronok dengan pujian tersebut.

Kamu tidak sepatutnya merasa gembira dengan pujian bahkan sepatutnya merasa gusar dan tidak selesa sebagaimana yang telah dilakukan oleh ulama’ salaf terdahulu. Di mana mereka bukan sekadar benci dengan puji-pujian bahkan memarahi orang yang memuji.

Mengatasi masalah takut kepada celaan manusia dapat difahami secara spontan daripada cara merawat penyakit sukakan pujian kerana ia adalah sebaliknya. Secara ringkasnya, orang yang mencemuh kamu itu sama ada ia benar dan bertujuan menasihati kamu atau sebaliknya.

Jika dia benar, kamu sepatutnya merasa terhutang budi kepadanya dan janganlah marah kerana dia telah menjelaskan segala kekurangan diri kamu (untuk diperbaiki). Kalau dia tidak bertujuan untuk menasihati, ketahuilah bahawa dia sebenarnya telah melakukan jenayah terhadap agamanya sendiri dan kamu pula mendapat manfaat daripada kata-katanya itu. Hal ini kerana dia telah memberitahu suatu perkara yang tidak pernah kamu ketahui sebelum ini dan mengingatkan kamu akan kesalahan-kesalahan atau dosa yang mungkin telah kamu lupakan.

Sunday, May 10, 2009

'Kesabaran PAS ada batasnya' - Presiden PAS

MARANG, 11 Mei (Hrkh)- Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional ada batasnya.

Beliau yang berucap dalam majlis penerangan berkaitan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di masjid Rusila, dekat sini, baru-baru ini mengulangi amaran yang beliau keluarkan dalam sidang media di Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, pada 8 Mei, Jumaat lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pegajaran dan pembelajaran sains dan matematik membawa kepada kehancuran bangsa.

"Ini menipu, menipu bangsa sendiri, pejuang-pejuang bahasa dan sasterawan negara menentang dan sanggup menyerahkan semula gelaran (sasterawan negara).

"kerana menghancurkan bahasa dia sendiri, bahasa jiwa bangsa, bangsa yang menghilangkan bahasanya (adalah) bangsa yang tidak ada jiwa," katanya yang dipetik daripada laman web peribadi beliau.

Katanya apabila sesuatu bangsa itu tidak ada jiwa, ia akan mengikut telunjuk dan kehendak orang lain.

"Kita mempunyai satu tanggungjawab dan kewajipan yang besar, apa yang berlaku di (negeri) Perak ini menjadi pengajaran, Umno ini tidak ada adab, tidak ada akhlak, dan tidak ada.

"Kelmarin orang surat khabar tanya saya, supaya saya buat ulasan dan jawapan berhubung apa yang berlaku di Perak, saya buat, saya menyatakan bahawa PAS boleh sabar tetapi sabar PAS ada sempadan,ada batas!"jelasnya.

Katanya PAS tidak akan tunduk kepada penipuan-penipuan Umno dan BN dan meminta semua ahli PAS menunggu arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan.

Justeru, katanya PAS adalah parti yang berlandaskan Islam yang akan memimpin rakyat dengan Islam.

"Kita (PAS) bangkit diatas nama Islam, dan PAS akan memimpin rakyat dengan Islam, kalau PAS pimpin rakyat dengan Islam,

"Kita akan lalu, 'membujur lalu melintang patah', akan tiba masanya,"tegasnya.

Katanya PAS akan mengajar Umno yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan umatnya sendiri. - azm _

Thursday, March 26, 2009

Tuduhan terhadap TPM:PAS cabar kerajaan saman media asing


Salam...

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa berhubung tuduhan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.

Katanya tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.

"Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akanmenjadi bahan momokan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Antara media asing yang menyiarkan berita berkaitan salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).

Kata Ustaz Hadi penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini.

PAS katanya berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang atau pemimpin yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.

Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya, kata Ustaz Hadi

Hal ini menjadi lebih buruk apabila media cetak dan internet antarabangsa mula menyiarkan berita kaitan kes rasuah dan jenayah ini dengan Timbalan Perdana Menteri yang bakal mengambil alih kuasa.

"Ucapan saya di Dewan Rakyat pada 18 Februari lalu adalah terang dan jelas, bahawa seseorang pemimpin terutamanya bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan yang sangat berat ini,"katanya. - azm _


p/s: pssttt..! x malu ke korg yg dok sokong mamat bername Najib Al-Tantuya ni.. Huhuuu... Baru jadi TPM, dah conteng arang kt *muke Malaysia*... ahahaa.. ! Good job Najib !

Tuesday, March 24, 2009

Gantung Harakah dan SK, bayangkan pemerintahan tidak terbuka Najib - Teras



KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan bantahan keras terhadap tindakan pengantunggan Harakah dan Suara Keadiaan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara surat yang dihantar kepada kedua akhbar itu tidak memberi alasan apa-apa , ternyata Menteri KDN, Dato' Seri Syed Hamid Albar tidak dapat berselindung lagi, bahawa berita yang didedahkan oleh kedua akhbar tersebut telah mengancam kepentingan pihak yang terlibat.

Demikian kata Pengerusi Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya kepada Harakah hari ini.

Teras tidak nampak kenapa tindakan ini perlu diambil secara autokratik sedangkan pihak kerajaan mempunyai saluran membawa pengurusan akhbar tersebut ke muka pengadilan jika benar apa yang didedahkan menyalahai undang-undang,katanya.

"Jelas hanya beberapa hari sahaja Najib akan mengambilalih kuasa , tindakan ini menunjukkan bahawa beliau ingin bertindak melampau dari polisi terbuka yang diambil sedikit sebanyak oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi," tegasnya.

Sementara itu tindakan membiarkan pihak polis bertindak keras kepada perarakan 100,000 rakyat yang membantah PPSMI pada 7 Mac 2009 yang lalu dan juga terhadap ceramah-ceramah yang ingin dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat membanyangkan Negara akan berada di bawah pemerintahan yang akan beralih kepada sifat autokratik.

Teras melihat tindakan menggantung dua akhbar tersebut adalah tindakan politik bukan tindakan peraturan seperti yang cuba diketengahkan, katanya.

"Kami dengan itu mengesa rakyat agar Negara ini jangan dibiarkan dicampak ke dalam era pemerintahan kuku besi hanya kerana pihak kerajaan sedia ada tidak mahu kehilangan kuasa, katanya.

Jika setelah 52 tahun merdeka pihak kerajaan masih merasa rakyat belum mampu berfikir secara matang dari segi menilai maklumat maka nyata kerajaan Umno/BN sudah tidak mempunyai kredibiliti lagi untuk memerintah, katanya. - mks._

p/s: pessss.. ni belum die jadi PM... dah buat keje2 pelik... jadi PM? lagi la...

Gantung permit Harakah - Kami tidak akan berhenti bersuara!

Salam,

Haa, haaa and haa.. Bile KDN buat kerja merapu.. Ban Harakah tuk 3 bulan ... So wut?.. we still got Harakahdaily.net... ^^


- Rakyat dikejutkan dengan tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung permit penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuatkuasa 23 Mac baru-baru ini.

Tiada alasan kukuh untuk menyokong penggantungan yang dibuat KDN, melainkan ianya terdorong daripada sentimen kegusaran pemerintah Umno-BN terhadap keberkesanan Harakah.

Penggantungan permit ini amat tidak adil dan harus ditarik balik serta merta.

Sejak 1987 Harakah diterbitkan, sehingga kini sudah mencapai 22 tahun, tidak sekalipun permit Harakah digantung walaupun tohmahan, fitnah, kecaman dan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Harakah.

Dalam tempoh 22 tahun, Harakah sedia ditegur, termasuk oleh KDN, dan kita melakukan perubahan jika diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun, sebagai sebuah organ parti Harakah juga mempunyai visi dan misi yang tersendiri.

Malangnya, banyak tuduhan kepada Harakah merupakan dakwaan liar yang tidak berasas. Ia juga jarang dibuktikan.

Justeru, kebanyakannya bersifat tekanan politik Umno-BN.

Tindakan menggantung permit Harakah adalah yang julungkalinya dibuat, menunjukkan KDN tidak bertindak adil dan mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.KDN dipergunakan untuk kepentingan politik mereka.

Meskipun Harakah kerap dilabel sebagai 'akhbar nyamuk' yang didakwa tidak berpengaruh, dengan jumlah jualannya tidak sebesar mana, edarannya tidak meluas seperti akhbar arus perdana, tetapi yang peliknya ia begitu ditakuti dan digeruni Umno-BN.

Apalah kedudukan Harakah, jika hendak dibandingkan dengan jumlah puluhan media cetak dan elektronik yang jelas memihak kepada Umno-BN?

Tidak cukupkah lagi dengan sokongan membabi-buta media pengampu itu sehingga mereka cukup alergik untuk menerima kahadiran akhbar alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan?

Mengapa Umno-BN takut dengan suara kebenaran sedangkan Malaysia dicanangkan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, menerima perbezaan pandangan dan menghormati kepelbagaian?

Hakikatnya ketakutan Umno-BN kepada Harakah membuktikan bahawa Harakah merupakan akhbar alternatif yang berjaya.

Hasil sumbangan kecil Harakah, rakyat sudah semakin terbuka minda dan tidak lagi mempercayai media pengampu Umno-BN yang bersepah di pasaran.

Umno-BN menjangkakan usaha mereka melalui KDN menggantung permit Harakah, mampu untuk menyekat rakyat mendapatkan sumber berita yang benar, sahih dan berwibawa.

Sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat ini, terutama menghadapi beberapa pilihan raya kecil yang cukup kritikal buat BN, rakyat dijangka akan kembali tertutup minda.

Ternyata sangkaan Umno-BN meleset. Rakyat Malaysia matang berfikir dan membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Justeru penggantungan penerbitan Harakah tidak akan mampu menghalang rakyat yang cintakan demokrasi serta dahagakan keadilan untuk terus mencari kebenaran.

Penggantungan ini juga sama sekali tidak akan mematahkan semangat warga kerja Harakah untuk terus bertungkus lumus memberikan sajian terbaik buat tatapan rakyat.

Walaupun tangan kami diikat, walaupun lidah kami dikunci, kami tetap akan berjuang untuk kebebasan bersuara, kami akan terus berjuang untuk membongkar kepincangan dan malapetaka yang dibawa Umno-BN terhadap rakyat dan negara.

Kami akan teruskan usaha mulia ini dengan beberapa penerbitan yang lain, termasuk dalam laporan harian melalui Harakahdaily.net.

Apa pun, KDN diharap dapat mengembalikan kewarasan bertindak dengan membatalkan arahan penggantungan itu, bagi memastikan imej negara tidak terus tercemar dengan sikap yang tidak demokratik itu.

Dalam suasana media baru, seperti internet, menguasai keadaan, tentulah memalukan jika kerajaan BN dilihat bertambah kerdil dan penakut untuk berdepan cabaran semasa sehingga menggunakan pendekatan primitif bagi menutup peluang buat rakyat menerima bahan-bahan berita atau maklumat alternatif. _

Thursday, March 5, 2009

Promote BAJU TARBIYAH


Membeli sambil beramal
Memakai sambil mengislah
Segala-galanya indah jika kerana ALLAH SWT


Dengan inspirasi dari iluvislam.com,melaui perbincangan dengan ahli2 usrah ditempat pengajian kami dan juga melalui forum2 iluvislam.com. Maka,kami dengan sukacitanya, ingin memperkenalkan satu produk yang diberi nama sbg baju tarbiah dalam mevariasikan kaedah2@uslub2 dakwah demi mencapai satu matlamat yang satu.

Amat mudah caranya, dengan hanya sehelai baju, kita sudah dapat beramal & berdakwah di jalan ALLAH SWT... Bagaimana??? mungkin ada segelintir pembaca tertanya-tanya... baiklah, begini caranya ia amat mudah sekali, dengan membeli sehelai baju ini, para pembeli sekalian secara tidak langsung telah melakukan amal jariah kerana ALLAH SWT di mana keuntungan daripada hasil jualan ini akan disumbangkan ke dana kelab usrah kami dan ia akan digunakan untuk menganjurkan pelbagai program2 tarbiah dan kem pembinaan rohani bagi peserta-peserta yang akan mengikuti program yang bakal diadakan antaranya:

-Program tafaquh fideen
-Program Intensif pengajian pondok sempena musim cuti di Baitul Qurra
-Mukhayyam,Tamrin,Daurah,Kem2 motivasi dan pelbagai lagi aktiviti tarbiah yang lain


"bersama mengislamkan kehidupan" Besarlah harapan kami melalui baju ini supaya si pemakai akan menyedari akan tugas yang perlu dipikul oleh dirinya sendiri di samping menyedarkan masyarakat sekeliling berkenaan tugas yang telah diamanahkan oleh mereka selaku hamba ALLAH SWT di samping dapat membantu menyebarkan dakwah melalui baju tarbiah ini.

Anda juga boleh turut sama membantu samaada dalam mempromosi,menempah, menjual,membeli serta memakai baju ini...Semoga usaha anda dalam membantu kami mengumpul dana diberkati ALLAH SWT.InsyaALLAH.

Design2 baju Islamik...


(RM26 each)


Kaedah penghantaran:


*Pos Ekspress

Penghantaran dilakukan dari Petaling Jaya. Ia biasanya akan dibuat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Penghantaran pos ekspress kebiasaannya mengambil masa 1-3 hari bergantung pada lokasi penghantaran. Kos penghantaran ditanggung oleh pembeli.Sekiranya jumlah baju muat utk satu sampul, maka kos penghantaran adalah mengikut 1 sampull shj.

1 pos ekspress =RM 5

Kaedah penghantaran:

* Pos Laju

Penghantaran dilakukan dari Petaling Jaya. Ia biasanya akan dibuat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Penghantaran pos laju kebiasaannya mengambil masa 1-3 hari bergantung pada lokasi penghantaran. Kos penghantaran ditanggung oleh pembeli.

Untuk mengetahui kadar penghantaran bagi kawasan anda, anda boleh layari laman web Pos Malaysia.anda bebas utk memilih menggunakan khidmat pos ekspress @ pos laju...

* T E M P A H A N

Sebarang tempahan boleh dibuat melalui

email: awe_kmehe@yahoo.com
Sms : 019-9445752

Sila nyatakan butiran berikut:

Kod Produk & Saiz(M,L,XL,XXL):
Nama:
Alamat:
E mail:
No Tel:


Tempahan yang dibuat adalah berdasarkan stok barangan. Pembayaran hendaklah dilakukan setelah mendapat pengesahan dari kami bagi mengelakkan kekeliruan. Sekiranya anda ingin membuat pembatalan pesanan sila maklumkan kepada kami segera.

Baju Muslimin










Baju Muslimah









p/s: ana x amek keuntungan pape.. cume tlg lillahitaala...

Saturday, February 21, 2009

Terkini : Hukum ASB dan ASN

Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,
"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"


Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini .

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.


Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.


Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.


1) Perbincangan Hukum ASB
2)
Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB
3)
Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR


Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.


Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman


www.zaharuddin.net


16 Feb 2009

Monday, February 9, 2009

"Nizar org pertama yang cuba dirasuah..."


(Ingat lagi ke pasal bende ni?.. ORG2 UMNO menyamakan sultan terengganu / Yang Dipertuan Agong = natang... La ni depa nak tunjuk hero, kunun bela sultan.. piiirahh sama UMNO, angpa sume x ley pakai dahh... )


Di sebalik tabir, sejak awal lagi sudah ada perancangan jahat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekaligus membelakang mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Episod 'rampasan' kuasa BN yang tidak beradab di Perak membuktikan lagi keangkuhan dan kebiadapn parti itu dalam melakukan apa saja untuk berkuasa.

Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dengan ditemani Jurugambar MUNIZAM bertemu Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang di pejabat PAS Perak di Ipoh 4 Februari lalu untuk mendapatkan butirannya.

HARAKAH:Apa reaksi awal Ustaz berhubung keputusan Suruhajaya Pilihan Raya(SPR) yang tidak mengisyhtiharkan pilihan raya kecil di Dun Behrang dan Changkat Jering?

Ustaz Ahmad Awang:PAS bersama Pakatan Rakyat mencela keputusan yang dibuat SPR kerana ianya membelakang Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang menyatakan SPR mesti terima notis pengosongan Speaker dan adakan pilihan raya kecil. 'Beyond Jurisdiction' mereka untuk menyiasat sama ada surat letak jawatan itu sahih atau sebaliknya. Yang penting akur dengan kuasa Speaker.

Jika terbukti keraguan, boleh dibawa ke mahkamah tetapi pilihan raya mesti dilaksanakan. Kita dalam proses undang-undang untuk cabar keputusan SPR bahkan SPR sendiri mengaku kes ini dianggap selesai disebabkan badan itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat atau inkuiri tentang surat itu. Mana boleh, kalau tidak ada bidang kuasa kenapa putuskan tiada pilihan raya kecil.

Kenapa terima surat penafian dua Adun itu sedangkan surat pertama daripada Speaker tidak diterima? Inilah pertama kali dalam sejarah, SPR bertindak seperti mahkamah. Untuk itu, saya menggesa Pengerusi SPR baru Tan Sri Abdul Aziz letak jawatan kerana telah mencemarkan naman baik dan imej SPR.

Sedangkan bekas Pengerusi SPR dahulu dan pensyarah undang-undang pun menyatakan bahawa soal mencabar kesahihan surat itu adalah perkara kedua tetapi yang utama kena buat pilhan raya kecil seperti dinyatakan dalam undang-undang, dimana SPR mesti terima notis pemngosongan oleh Speaker.

Bagaimana penerimaan dan gerak-kerja 'grass-root' dan pendokong Pakatan Rakyat, adakah bersedia hadapi pilihan raya kecil atau seluruh negeri?

Kita bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku sama ada kekal sebagai kerajaan sedia ada, atau sebagai kerajaan minoriti. Atau menghadapi pilihan raya kecil atau seluruh negeri.Gerak-kerja telah dimulakan dan mesyuarat di kawasan seluruh Perak telah dimulakan dengan persiapan untuk menghadapi pilihanraya jika berlaku pembubaran DUN.

Kita telah bergerak dan semangat kemenagan Permatang Pauh dan Kuala Terenggau, momentum itu masih ada.

Bagaimana dengan tindakan dua Adun ini, apa kisah dan watak sebenarnya mereka ini?

Kalau parti mereka sendiri telah menolak mereka apatah lagi kita. Kita mencuba dari awal melayan karenah mereka kerana kita menghormati rakan komponen kita dalam KeADILAn, walaupun pelbagai masalah timbul akibat karenah mereka. Bahkan Menteri Besar Dato' Seri Nizar Jamaluddin juga sudah beberapa kali menasihati mereka ini.

Sebenarnya sejak awal lagi kita curiga dan tahu tentang karenah mereka berdua tetapi kita bagi masa untuk mereka berubah. Kita cuba atasilah masalah dalaman namun rupanya tidak berubah.

Saya 'flash-back' balik ketika proses penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri dan sewaktu angkat sumpah Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, Menteri Besar mesti Melayu dan Islam. Jadi DAP akur dengan keputusan itu, manakala keADILan menyerahkannya kepada PAS. Kami tanya, kenapa bukan keADILan sedangkan ada kerusi melayu tiga orang. KeADILan kata mereka tidak sesuai dan serahkan kepada PAS yang juga ada calon. Kita kata kalau tak ada, kami sudah ada calon yang sesuai iaitu Ir Nizar yang kami tidak sangsi lagi kewibawaan dan ketokohan kepimpinannya. Semua akhirnya sebulat suara setuju.

Pagi esoknya kami 'rehearsal' dulu sebelum jumpa Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah pada pukul 4.00 petang. Sebelum menghampiri jam 4.00, tiba-tiba jam 2.00 petang Jamaluddin ketuai kumpulan adun-adun KeADIlan bertemu Raja Muda kata tidak bersetuju untuk pilih Nizar sebagai MB. Rupanya Jamaluddin juga berhasrat untuk menjadi MB.

Maka Raja Muda panggil saya, dan minta penjelasan sedangkan keputusan telah dibuat dan telah serahkan nama kepada Raja Muda.

Sedangkan sebelum itu semua sepakat bersetuju termasuk DAP. Lalu kami terpaksa pulang balik dari istana, dan upacara angkat sumpah terpaksa ditangguhkan. Akibat Jamaluddin, kami kemudiannya bermesyuarat semula dan masing-masing parti termasuk DAP mengemukakan seorang calon, sebagai syarat.

Setelah tiga nama dicalonkan akhirnya Sultan Perak memperkenankan untuk memilih Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Maknanya nak beritahu, 'from the first day', sudah ada karenah mereka ini yang menyusahkan kita. Kita melayan mereka dan harap parti mereka menasihatkan mereka, tetapi sehari demi sehari, parti mereka pun tak boleh 'control'. Parti mereka mengadu kepada kita.Menteri Besar pun ambil tanggungjawab nasihatkan dia.

Maknanya Jamaluddin membelakangkan pimpinan keADILan Pusatkah sehingga buat keputusan sendiri?

Saya difahamkan ada 'comunication gap' (jurang komunikasi) antara kepimpinan negeri dan pusat. Dengar khabarnya mereka tidak mendapat maklumat tepat dan akhirnya restu apa jua tindakan Jamaluddin

Tiga minggu lepas, nampak perubahan dia amat sangat.Dia tak nak bercakap banyak dan cuba nak 'isolate' daripada kita. Kesimpulannya dia ada masalah, terutama dia nak berdepan dengan 10 Februari ini di mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Kalau tidak salah, apa yang nak dibimbangi?

Itu pertanyaan biasa.Tapi kalau orang tak bersalah pun, kerunsingan itu akan timbul, tambah kalau-kalau buktinya tak kuat untuk membela diri atau pun runsing dengan keadilan di mahkamah yang kurang diyakini seperti pengalaman-pengalaman yang lepas. Ada kes boleh menang akhirnya jadi kalah. Mungkin itu juga merisaukan dia.Tapi kita dah beritahu dia, kita akan bersama dia untuk berdepan isu tersebut. Mungkin ada tekanan, dan ancaman kita tidak tahu juga.

Osman Jalu pula bagaimana ?

Dari segi kelakuknya tidak macam Jamaluddin tapi dia akan 'back-up' apa jua tindakan Jamaluddin. Malah bila Jamaluddin cakap dalam mesyuarat, dia mesti kata Osman bersetuju dengannya sedangkan Osman sepatah tak bercakap. Dia begitu taat kepada Jamaluddin.

Adakah Adun-adun dan pimpinan PAS juga cuba dipengaruhi seperti cuba ditawarkan atau dilarikan?

Umno tidak sanggup menerima kekalahan kerana parti itu memenangi hanya 27 kerusi dari 35 kerusi yang mereka bertanding di kawasan majoriti Melayu menentang PAS dan KeADILan pada 8 Mac tahun lalu. Bermula dari saat itu Umno berusaha dengan begitu yakin untuk membentuk kerajaan melalui pelbagai cara dan pendekatan. Pada mulanya mereka menawarkan puluh jutaan ringgit kepada beberapa orang Adun PAS supaya melompat parti dan menyebelahi mereka.

Orang yang pertama mendapat tawaran rasuah itu ialah Adun Pasir Panjang yang menjadi menjadi Menteri Besar Perak sekarang.

Bila gagal berbuat demikian, mereka mengajak PAS Perak membentuk kerajaan campuran dengan Umno/BN. Pelbagai pihak digunakan sebagai agen mereka menemui saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak. Bahkan ada agen mereka yang menemui Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka gunakan beberapa orang mufti, pegawai tinggi kerajaan negeri, pertubuhan NGO dan seorang ADUN BN yang ada hubungan keluarga dengan saya.

Kali ini mereka menggunakan agen dari Kuala Lumpur. Seorang pemimpin tertinggi Umno yang berasal dari Perak dan seorang pegawai tinggi kerajaan Pusat yang isterinya berasal dari Perak bersungguh-sungguh mencuba untuk menemui saya untuk berbincang. Kedua mereka disertai oleh rektor sebuah kolej pengajian tinggi negeri Perak. Pemimpin tertinggi Umno tersebut yang kami telah lama berkenalan dan kini menjadi salah seorang Menteri Kabinet sempat berbual dengan saya melalui telefon meminta saya bertemu empat mata dengan beliau. Bagaimanapun saya mempunyai beberapa jadual pertemuan dengan pimpinan PAS.

Beliau dan rombongannya sampai ke tempat penginapan saya di Balai Kuliyyah Tasawwur Islami, Simpang Empat Semanggol tetapi gagal menemui saya kerana tempat penginapan kami dikawal ketat oleh pasukan Unit Amal dengan dibantu oleh dua buah kereta peronda PDRM.

Ada juga kejadian, saya cuba dilarikan dalam perjalanan dari Ipoh ke Taiping namun sempat 'dipintas' pasukan 'Tentera Merah' Unit Amal PAS.

Esok hari selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar selesai, saya ditemui oleh seorang agen Umno yang menunjukkan mereka belum berputus asa memujuk kami untuk membentuk kerajaan campuran bersama BN atas alasan ahli-ahli Exco belum dilantik.

Akhir sekali, apa iktibar yang boleh diperolehi daripada kejadian ini?

Kita percaya semua kejadian ini ada hikmahnya. Allah tidak mahu kita menanggung terus bebanan yang cuba menggangu-gugat. Jadi Allah memberi jalan keluar agar tidak menyusahkan kita dengan cara ini seperti yang disebut dalam surah at-Talaq yang juga dikenali sebagai 'ayat 1000 dinar' iaitu:'Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, akan ada jalan keluar...'

Bila dua orang ini timbulkan isu macam-macam, dan timbul isu rasuah, maka Allah tidak mahu kita menanggung beban.

Apa harapan atas insiden dan tragedi yang berlaku?

Harap semua penyokong bertenang dan menerima apa jua perkembangan terkini. Jangan percaya cerita bukan-bukan dari media, maka ikut segala arahan pimpinan dari atas sampai ke bawah. Jangan buat tindakan terburu-buru.

Apa jua situasi yang bakal kita hadapi, kita akan hadapi bersama dengan Pakatan Rakyat demi merealisasi harapan rakyat. So' apa jua keputusan Pakatan Rakyat kita akan ikut. Kalau pimpinan negeri ada keputusan kita akan rujuk juga ke pimpinan pusat. Parti sendiri dari masa ke semasa sentiasa bertemu untuk mendapat taklimat dan maklumat tepat tentang sebarang kemungkinan. Jadi tidak perlu bimbang akan kesepakatan kami bersama rakyat.

Maknanya PAS akan terima dan hadapi tiga perkara iaitu sama ada kekal kerajaan seperti biasa, adakan pilihanraya kecil ataupun seluruh negeri Perak.

ADUN PR diancam..



(Ingat lagi ke pasal bende ni?.. ORG2 UMNO menyamakan sultan terengganu / Yang Dipertuan Agong = natang... La ni depa nak tunjuk hero, kunun bela sultan.. piiirahh sama UMNO, angpa sume x ley pakai dahh... )


X selesai lagi kes di Perak, kini samseng2 BN mula melakukan operasinyer ke atas ADUN2 di Kedah pulak.. Haiz.. Aku pelik la, depa dalam PRU dah terang2 ditolak oleh rakyat.. la ni nak merampas pulak.. nampak sangat la depa ni mmg btol2 keturunan perompak yg keje dok mengugut dan merompak org lain jer kejenyer.... Ape2 pon, bace berita pasal sorg ADUN PKR di kedah yang diugut.. The best choice, letak jawatan.. haa.. angpa BN nak amek kerusi DUN tu, mai PRK.. kalau takut, toksah anta wakil..! ^^ Depa ni x takut mati, x ingat Allah, pasal tu sanggup merampas hak org lain.. ingat, ADA SATU GOLONGAN MUFLIS DI AKHIRAT KELAK, golongan apa?? GOLONGAN YANG SUKE AMEK HAK ORG LAIN..



ALOR SETAR, 10 Feb (Hrkh)-Atas faktor tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Demikian kata Menteri Besar, Dato� Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.

Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.

"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.

"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.

Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.

Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.

"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.

"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.

Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.

Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.

Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.

Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.

Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat.- azm _

Thursday, February 5, 2009

tolong beritahu si dia.....






Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..



Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Sunday, January 25, 2009

Teruskan Memboikot !!! Jangan hangat2 taik ayam je..


Salam,
Boikot barangan yg support Israel such as McD, KFC etc, hangat dilakukan time Gaza tgh diserang, aku harap, kite akn tetap istiqomah dalam memboikot ekonomi org2 Israel yang melancarkan perang ke atas Palestine dan umat Islam di Gaza.

Boikot Barangan Israel!

Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka.

Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi