Saturday, August 30, 2008

Ahlan ya Ramadhan.. ^^


Salam..

Bulan Syaaban semakin meninggalkan kite... Ramadhan Al-Mubarak pulak yg akn datang.. Huish.. X sabo aku nak sambut ramadhan.. ^^ Pasal Bulan ramadhan neh rase laen mcm sket.. banyak kelebihan kt dalam bulan Ramadhan, Bulan Beribadah...

Lepas banyak bende yg berlaku.. Kes Liwat Anwar, Sumpah Saiful.. PR Permatang Pauh, Kemenangan Anwar, dan kemasukan anwar ke Parlimen... So, it's time for us to rest.. and pray.. and keep praying in the month of Ramadhan.. :D Hehehe.. poyo gler aku.. lol...

Haiz... La ni aku nak cter pasal kelebihan bulan Ramadhan...

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud :" Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. "- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)."-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

__________________________________________________________________
Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Friday, August 29, 2008

Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51



Salam ukhuwah.. (Lagu request ade kt bawah perutusan kemerdekaan neh.. afwan)

Perutusan Kemerdekaan dari Tuan Guru Abdul Hadi Awang..

Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini.

Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.

Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.

Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.

Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah British untuk mengadakan pilihan raya umum sehingga terzahirnya pilihan raya umum persekutuan pada tahun 1955 dimana PAS telah mengambil bahagian dan memenangi satu kerusi.

Di ambang kemerdekaan ketika itu PAS juga turut mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Kerana itu PAS turut berbangga merayakan ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan perlembagaan PAS fasal 5(2) menyebut bahawa tujuan perjuangan PAS termasuklah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sepanjang 51 tahun usia kemerdekaan negara ini PAS telah terus gigih berjuang jatuh dan bangun mengisi kemerdekaan ini dengan Islam yang merupakan prinsip dan dasar perjuangannya.

PAS telah menyumbang dalam pembangunan negara melalui wakil-wakil rakyatnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpinnya disamping yang ia turut serta terlibat di dalamnya.

Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.

Politik Islam yang luhur yang dibawa oleh PAS akan terus relevan kerana ianya keperluan manusia secara fitrah dan menepati obejektif peranan manusia yang dijadikan oleh Tuhan pencipta alam ini. Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh. Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan teras kejayaan" dengan izin Allah SWT.

Presiden PAS..-Wallah hu alam..

______________________________________________________

Download2.. tafaddal2... Nasyid, dakwah melalui musik.. insya-Allah.. ^^

Lagu request...

Salam..

Aku nak ingatkan.. Ni 1st lagu jenis cam neh aku upload.. pasneh request lagu nasyid jek.. ok?.. afwan...

Monday, August 25, 2008

Sunday, August 24, 2008

Friday, August 22, 2008

Message from SYAITAN La'natullah ~

Salam.. Ahlan ya Ramadhan.. "BUBYE" ya SYAITAN ~ ^^

(Just a video.. Not the real Syaitan.. ^^ Cume pesanan... http://www.youtube.com/wassim88)

StoP IT !!


KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu surat terbukanya kepada pengundi Permatang Pauh merayu agar rakyat membuktikan keazaman menghentikan fitnah yang sangat menjelekkan dalam kempen pilihan raya kecil ini.

Surat yang disiarkan dalam laman web permatangpauh.com itu, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan bahawa selepas mengikuti perkembangan dalam kempen pilihan raya kecil di permatang pauh beliau merasakan ia adalah sebuah pilihan raya yang sengit.

"Umno-BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya.

"Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat Anwar Ibrahim adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas," ujarnya dalam surat tersebut.

Ikuti ucapan penuh beliau dalam lampiran surat yang disiarkan;

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. Umno-BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya.

Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat Anwar adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti.

Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS -HarakahDaily.net

Thursday, August 21, 2008

Sape pengkhianat sebenar?..

Salam muhasabah..

Sejarah telah menunjukkan betapa UMNO lah selama ini yang menghianati bangsa Melayu dalam isu pendidikan dan penggunaan bahasa Melayu dalam ssstem pendidikan Negara.

Menyusuri kegemilangan pendidikan melayu, kita dapat melihat bagaimana Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Trainning College-SITC) ditubuhkan di Tanjung Malim Perak oleh kerajaan British dengan kerjasama Sultan Perak pada tahun 1921. SITC menjadi pusat melatih bakal-bakal guru yang terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera.

Sehingga pertengahan 1990-an, SITC terus berkembang, termasuk ditukar nama, menjadi MPSI (Maktab Perguruan Sultan Idris) dan IPSI (Institut Perguruan Sultan Idris). Pada akhir 1950-an, SITC mula menerima pelajar perempuan, iaitu diawali dengan penyerapan sekumpulan pelajar perempuan daripada Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Antara Pengetua SITC yang tersohor, OT Dussek, menubuhkan Pejabat Karang Mengarang pada awak 1920-an. Namun yang terpenting, O.T Dussek berusaha keras agar “SITC hanya dikhususkan untuk melatih bakal guru daripada kaum Melayu (termasuk dari Singapura, Sumatera dan Brunei) dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sahaja..”

Dasar O.T Dussek dipertahan oleh pensyarah-pensyarah dan pengetua Melayu seperti Zainal Abidin Ahmad (Pendita Za’aba), dan aktivis pelajar Melayu ketika itu, antaranya Ibrahim Yakob, Tun Abdul Ghaffar Baba dan Buyung Adil.

Ketika Za’aba mengetuai SITC, dari 1930-an hingga 1940-an, Pejabat Karang Mengarang terus dikembangkan fungsi hingga berjaya menebitkan banyak buku, majalah dan risalah. Antara terbitan terkenal, Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa, karangan Za’ba.

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi Menteri Pendidikan Malaysia, 1984-1989, beliau pernah mengingatkan agar “roh” Pejabat Karang Mengarang terus disuburkan dalam usaha mengembangkan dan memasyarakatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, bahasa penghantar ilmu/pendidikan, bahasa komunikasi dan bahasa pentadbiran negara Malaysia.

Peranan Najib Razak

Pada 1998 SITC-MPSI-IPSI dinaik taraf menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau kemudian membuat pengumuman agar UPSI dibuka seluas-luasnya untuk kaum bukan Melayu/Bumiputera. Malahan, setahun kemudian, di UPSI tenaga pengajar daripada kaum Cina dan India dilihat semakin bertambah bilangan.

Kini, di UPSI, baik pelajar mahupun pensyarah daripada kaum Cina dan India (termasuk yang bertaraf Profesor) hampir-hampir menyamai peratusan yang diperuntukkan kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Ternyata, dasar dan harapan yang dipahat oleh OT Dussek, dan cuba dikekalkan oleh Za’aba serta sejumlah pejuang bangsa Melayu seperti Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba dan Alllahyarham Cikgu Buyung Adil, dikhianati oleh orang Melayu sendiri.

Siapakah pengkhianat bangsa Melayu? Kalangan pemimpin UMNO yang terpaksa mengalah kepada kehendak MIC dan MCA dalam Barisan Nasional. Mengapakah Persatuan atau Pertubuhan Melayu tidak heboh?

Kes Kedua

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 1970, dengan menumpang Bangunan Maktab Perguruan Lembah Pantai. Pada 1977, UKM beransur-ansur beroperasi di kompleks bangunan sendiri di Bangi. Semua orang ketika itu tahu, UKM ditubuhkan untuk membela kaum Melayu dan Bumpiutera, berikutan Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969, yang mencabar hak dan ketuanan orang Melayu khususnya.

Pada tahun 1970-an hingga awal 1980-an, nampaknya kalangan pemimpin dan pemikir Melayu seperti Tun Abdul Rahman Yaakob, Allahyarham Datuk Harun Idris, Syed Jaafar Albar, Tun Syed Nasir Ismail, dan Profesor Ismail Hussein cuba sungguh-sungguh agar UKM dikhususkan untuk kaum Melayu dan Bumiputera, di samping bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

Namun, menjelang pertengahan 1980-an, pemimpin-pemimpin parti Melayu sendiri (UMNO) yang mengalah terhadap desakan pemimpin-pemimpin MCA dan MIC, agar pintu UKM dibuka beberapa peratus kepada pelajar bukan Melayu/Bumiputera. Kabarnya, mula-mula MCA dan MIC hanya minta 5%, tetapi hari ini nampaknya, di beberapa fakulti tertentu, dominasi pelajar Cina dan India hingga 70%.

Siapakah yang mengkhianti kaum Melayu dan Bumputera? Ada kah berlaku riuh rendah hiruk pikuk oleh mana-mana pihak seperti sekarang?

Kes Ketiga

Pada Julai 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam mengumumkan pemberian biasiswa hingga kuota 45% kepada pelajar bukan Melayu/Bumiputera. Sebelumnya kuota hingga 60% peruntukan biasiswa hanya kepada pelajar Melayu/Bumputera.

Bangkangan terhadap tindakan JPA dibincangkan di Parlimen. Namun, Datuk Nazri Aziz [Menteri (UMNO) di Jabatan Perdana Menteri], mempertahankan tindakan JPA.. Kini dasar pemberian biasiswa kepada pelajar Cina/India tetap diteruskan. Siapakah mengkhianati hak kaum Melayu dan Bumiputera?

Tanah Rezab Melayu

Sekali lagi, mengapakah orang Melayu terus melenting jika yang menyuarakan pandangan itu hanya kerana dia pemimpin Melayu yang bukan ahli UMNO? Walhal, berapa banyak hak istimewa dan tanah rezab Melayu yang digadaikan oleh pemimpin UMNO kepada kaum lain. Apa yang terjadi kepada tanah milik melayu di Pulau Pinang? Nah, mengapakah orang Melayu tidak menghentam habis-habisan?

Bank Bumiputera

Lihat apa yang terjadi kepada Bank Bumiputera yang ditubuhkan melalui resolusi Konvensyen Ekonomi Bumiputera ke 3, yang antara lain menggariskan keperluan sebuah institusi kewangan yang dapat memangkin kekuatan ekonomi bumiputera?

Begitu aib bagi orang melayu bila sebuah bank yang begitu banyak berjasa dan menyelamatkan ramai usahawan dan pemimpin UMNO ketika kegawatan ekonomi satu masa dahulu, ditelan dengan mudah oleh entiti yang lebih kecil. Mengapa tiada yang bercakap dan membantah?

Kesimpulannya, dari beberapa kes yang sempat diketengahkan jelas menunjukkan bahawa yang memberi atau membahagi itu tidak lain daripada kalangan pemimpin UMNO sendiri.

Mengapakah kalangan pemimpin UMNO/Persatuan, dan pelajar Melayu tidak tentang habis-habisan? Mengapa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang dipimpin oleh Reezal Merican Naina Merican yang juga Setiausaha Politik kepada Dolah Badawi tidak berdemonstrasi di jalanan?

Mengapakah Profesor Ismail Hussein tidak bersuara?

Mengapakah Canselor UiTM Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah tidak menunjukkan misai tebalnya menentang hak-hak Melayu dan Bumiputera yang sewenang-wenangnya diserahkan kepada kaum Cina dan India oleh kalangan pemimpin UMNO?

Sebenarnya Tan sri Khalid Ibrahim hanya menjawab soalan bagaimana mahu mempertingkatkan daya capai pelajar UiTM dan “cadangan” Khalid itu berperasangka baik “setelah dibuat kajian teliti” namun sikap jumud dan ektrim melayu yang membabi buta serta memalukan telah ditunjukkan oleh para “cendikiawan kangkung” tatangan politik UMNO yang memanasi menara-menara gading seperti UiTM.

Di samping itu, perpaduan antara kaum semakin kukuh, malah inspirasi mewujudkan ‘Bangsa Malaysia’ semakin terserlah. Malah, sektor swasta yang banyak dimonopoli oleh kaum Cina sedia membuka pintu masing-masing dengan mengambil bekerja graduan daripada UiTM.

Inilah, antara pandangan tersirat Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor masa kini.
Orang Melayu perlu membuka minda dan tangkas menerima realiti sebenar dalam isu-isu berkaitan melayu yang selama ini dikhianati oleh sikap “double standard” dan ‘chauvinist’ melayu amalan UMNO/Barisan Nasional.

Masanya sudah sampai bagi para bakal graduan di pusat pengajian tinggi terutama UiTM yang menjadi focal point isu pendidikan melayu masakini keluar dari bebanan ‘kaduk bawah tempurung’ dan melirik realiti serta berani menerjah dunia terbuka hari ini. -Wallah hu alam.. Sumber : AbuyaSuhaimi.blogspot

Sunday, August 17, 2008

Sumpah,Wallahi, Wabillahi, Watallahi...??






Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian


IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.


Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.


Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.


Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.


Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.


Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.


Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.


Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.


Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.


Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.


"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya. _ HarakahDaily.net

Apakah yg sebenarnye terjadi??


SALAM PERJUANGAN !!


Jom, jom kite tgk sape sebenarnye yg buruk perangainye mase penamaan calon bagi PilihanRaya Kecil Parlimen Permatang Pauh.. Huh.. Sedih aku tgk akhbar2 dan berita2 yg menjadi "kipas susah mati" kepada kerajaan BN.. Dok sebar berita ngarut dan penuh dgn penipuan dan berat sebelah.. Huh ~


Perlakuan lucah Puteri di Permatang Pauh dikesali

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi menutup perlakuan lucah mereka.

Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi.

Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media elektronik.

Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di mahkamah.

"Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah memutuskannya.

"Bukan cara untuk kita membuat kempen begitu. Ini merupakan seolah-olah serangan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau ketika ditemui di muktamar hari ini.

Menurutnya tindakan mereka ini seolah-olah telah membuat hukuman sendiri terhadap Anwar dan ia merupakan satu tindakan jahat.

"Saya berharap Pakatan Rakyat tidak mengikut rentak mereka dalam membuat serangan peribadi. Jangan cepat melatah dengan kempen mereka," katanya lagi.

Malah kata beliau pernah berlaku d zaman Rasullullah saw, baginda mengadakan acara bergusti dengan ahli gusti Arab, Abu Dardar di mana katanya dia tidak akan menerima Islam kecuali baginda dapat mengalahkannya.

Akhirnya Nabi Muhammad saw menyahut cabaran tersebut dan baginda menang sehingga Abu Dardar memeluk Islam.

"Ini menggambarkan Islam boleh berada di mana-mana keadaan. Begitu juga di Permatang Pauh. Oleh itu kita tetap memberi sokongan padu kepada Anwar.

"Semoga kemenangan Anwar akan membuat perubahan yang jelas di Dewan Rakyat nanti," ujarnya.

Biar apa halangan pun kata beliau PAS tetap menyokong Anwar di Permatang Pauh. - HarakahDaily.net

Wednesday, August 13, 2008

Pelik Tapi Benar




Pelik, mahasiswa UiTM berani keluar berdemo bantah cadangan Khalid

HarakahDaily.net - Amat jarang sekali kita mendengar mahasiwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) keluar beramai-ramai untuk berdemonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap sesuatu pihak samada kerajaan mahupun pihak lain.


Namun peristiwa semalam (Selasa 12 Ogos) amat menarik untuk diperhalusi dimana lebih 5000 mahasiswa UiTM berdemonstrasi di hadapan Bangunan Setuausaha Kerajaan Selangor (SUK) bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.


Sebelum ini umum mendengar laporan bahawa pernah beberapa orang mahasiswa universiti berkenaan diambil tindakan berikutan menyertai himpunan aman anjuran persatuan-persatuan mahasiswa.


Sebagai contoh, seorang mahasiswa UiTM Shah Alam, Herman Sanuddin pernah ditahan polis dalam himpunan aman di hadapan Masjid Negara pada tahun 2000 bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalamdan Negeri (ISA).


Berikutan itu, Herman digantung pengajiannya hingga kini meskipun ketika digantung, pelajar terbabit belum pun dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan menyertai perhimpunan aman.


Ketika itu UiTM ditadbir oleh Naib Canselornya yang cukup popular, Ibrahim Abu Shah yang juga dikenali sebagai penyokong Umno.


Malang sekali, kali ini dengan bukti yang kukuh, dengan gambar yang cukup jelas, 5000 mahasiswa yang berhimpun di hadapan SUK semalam tidak pun diambil tindakan oleh universiti yang ditadbir Ibrahim Abu Shah.


Jauh sekali kata-kata amaran dikeluarkan UiTM kepada pelajarnya untuk menghalang dari menyertai himpunan aman tersebut.


Cukup terbuka dan cukup bebas nampaknya Ibrahim Abu Shah kali ini, membiarkan mahasiswa UiTM berdemonstrasi sedangkan sebelum ini beliau begitu anti kepada kelompok yang berdemonstrasi.


Apakah yang tersirat di sebalik keterbukaan Ibrahim Abu Shah kali ini atau sebenarnya ada pihak yang 'menyalakan api' supaya mahasiswa-mahasiswa ini berdemontrasi tanpa memikirkan siapa dibelakang tabir peristiwa bersejarah ini.


Umum mengetahui, sejarah-sejarah penglibatan mahasiswa dalam himpunan-himpunan aman banyak berkisarkan kepada gerakan yang dibawa daripada beberapa universiti terkemuka antaranya Universiti Malaya (UM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Sekitar tahun 1998 hingga 2001, ramai pelajar dari UM, UKM dan UIAM ditahan kerana menyertai dan menganjurkan himpunan aman membantah dasar-dasar kerajaan ketika itu.
Namun, jarang sekali kita mendengar kelompok pelajar UiTM menyertai himpunan aman, dan jika ada sekalipun hanyalah menjadi peserta dan bukan penganjur.


Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengganggu dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.


Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM.


Atas dasar itulah, ramai tertanya mengapa kerajaan Selangor yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM berhimpun di hadapan SUK membantah cadangan Khalid sedangkan MB Selangor itu tiada kuasa dalam menentukan dasar universiti berkenaan.


Mulalah akhbar arus perdana melaporkan kenyataan-kenyataan yang mengecam Khalid kononnya MB Selangor itu tidak memperjuangkan hak orang Melayu dengan cadangan ini, sedangkan beberapa tahun lalu cadangan yang sama pernah dikemukankan oleh kerajaan Umno-BN sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.


Apakah Umno ketika itu 'prihatin' kepada orang Melayu/bumiputera dengan cadangan itu?
Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM.


Dalam hal ini boleh dianggap bahawa himpunan yang dibuat seperti 'seorang doktor yang merawat pesakitnya yang demam, namun ubat yang diberikan ialah ubat kencing manis'.
Siapa di belakang pelajar ini mungkin persoalan ini boleh dilontarkan kepada Ibrahim Abu Shah sendiri yang hingga kini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan pelajar berhimpun.


Mungkin himpunan sebegini nilainya diharuskan oleh Ibrahim atau Umno-BN merelakan himpunan sebegini kononnya demi kepentingan menjaga kepentingan Melayu.
Satu persoalan yang perlu dijawab mahasiswa yang terbabit dengan himpunan, sejak bilakah Umno-BN menjadi benteng kepada hak dan kepentingan Melayu hingga gula-gula sedemikian termakan oleh mereka? -Wallah hu alam..



Tuesday, August 12, 2008

Beza, Mmg berbeza.. Mcm langit dan Bumi jauh bezanye..

Salam perjuangan, salam muktamar..

Please watch this video.. Bezakan antara pihak tentera Muslimin (Yang sering dikatakan terrorist, padahal bukan terorrist) dengan pihak tentera Kafirunn (Yg kununnye nak menghapuskan pengganas, walhal dorg lah pengganas sebenar) Watch this.. Maassalamah..



(Proudly present by Wassim88)

Muktamar PAS ke-54



Selamat Bermuktamar Para Perwakilan PAS Seluruh Negara

Moga muktamar kali ini akan lebih mengancam, dan dapat menyelesaikan permasalahan umat Islam pada zaman sekarang.. Terutama masalah manusia yang ske mempertikaikan Islam di Malaysia, jgn lupe isu Palastine yg x selesai2 lagi.. Kita sebagai umat Islam patut memikirkan bagaimana isu Palastine ini patut diselesaikan, selain membincangkan isu2 semasa dalam negara.. Insya-Allah.. Moga Allah memberkati Muktamar Tahunan PAS Pusat pada kali ini. Insya-Allah.. Takbir !! Takbir !! Takbir !! , Wassalam ~

Monday, August 11, 2008

Tangisan dan Api Neraka




Salam muhasabah, salam perjuangan dan salam muktamar..

1st of all.. aku nak ucapkan selamat bermuktamar kepada semua perwakilan PAS yang akan terlibat dengan muktamar pada 15-17 Ogos 2008 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Perak....

Back to the title.. haha.. aku dok "ushar" youtube tadi.. ternampak plak satu video.. pasal beza 2 kumpulan Umat Islam.. 1st yg menangis kerana pasukan bola kesayangan dorang kalah dalam perlawanan.. yang 2nd pulak, umat Islam yang menangis kerana berjaya menghafaz al-quran.. masya-Allah... sungguh indah... so, nak citer sikit pasal hal tangisan dan api neraka.. ape kaitan antara 2 benda tuh..

"TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH"

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.", wassalam.. Wallah hu alam... Berikut adalah video yg aku cakap tadi.. video pasal 2 kumpulan umah manusia tuh.. insya-Allah...





YAB TG NIK AZIZ & HUSAM MUSA DI BANGI


Ahlan2.. semua di jemput hadir !! Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak... Ahlan wasahlan ya Ramadhan ~ Ahlan...

Sunday, August 10, 2008

Cam mane kalau tibe2....



Salam muhasabah...

Hurmm.. cam manelah kalau tiba2 Rasulullah melawat rumah umat Baginda yg hidup zaman skrang..

Akankah kita sembunyikan buku dunia kita,Lalu kita keluarkan dengan cepat kitab hadist di rak buku? Ataukah kita sembunyikan majalah-majalah kita dan kita hiasi meja kita dengan Al Quran yang telah berdebu?

Akankah kita masih melihat film di TV, atau dengan cepat kita matikan sebelum dilihat Nabi? Maukah kita mengajak Nabi berkunjung ke tempat yang biasa kita kunjungi, ataukah dengan cepat rencana kita kita ganti?

Akankah kita bahagia jika Nabi memperpanjang kunjungannya, Atau kita malah tersiksa karena banyak yang harus kita sembunyikan? Jika Nabi Muhammad tiba-tiba ingin menyaksikan, akankah kita tetap mengerjakan pekerjaan yang sehari-hari biasa kita lakukan?

Akankah kita berkata-kata seperti apa yang sehari-hari kita katakan? Akankah kita lakukan sewajarnya hidup kita seperti halnya jika Nabi tidak ke rumah kita?

Sangatlah menarik untuk tahuApa yang akan kita lakukanJika Nabi Muhammad datang, mengetuk pintu rumah kita..

Selamat bermuhasabah, dan renungkan2 serta pahami video di bawah ini.. insya-Allah.. Wassalam..

(What if the Prophet visited you?, by Wassim88)

Thursday, August 7, 2008

Setan laknatullah !! Eeee...


(Hanya gambaran Syaitan, bukan Syaitan sebenar..)



More video about "Setan laknatullah", p kt link neh.. http://www.youtube.com/user/wassim88



Monday, August 4, 2008

Sahabat kerana Allah SWT




Salam muhasabah..

Allah berfirman dalam sebuah Hadis Qudsi :


"Mereka yang bersahabat keranaKu, berhak memperolehi cintaKu dan mereka yang saling membantu antara sesamanya keranaKu, berhak memperoleh cintaKu... Dan tiadalah seorang Mukmin (lelaki/perempuan) berserah diri kerana Allah atas kematian tiga orang dari antara anak kandungnya yang belum dewasa, pasti Allah memasukkannya kedalam syurga dengan limpah kurnia RahmatNya.."



(Hadis Qudsi riwayat Tabrani dalam kitab
Al-Ausath dan As-Saghir dari 'Amr, 'Anbasah r.a)




Alangkah indahnye hidup ni, kalau kawan2, sahabat2 kite bersahabat dengan kita kerana Allah.. bukan kerana duniawi semate2.. Huh.. susah nak carik sahabat yang nak bersahabat dgn kite kerana Allah SWT.. Susah susah.... Haiz...

Sunday, August 3, 2008

~ TUTUP ~

Blog + Bosan = TUTUP
Salam.. ^^

Friday, August 1, 2008

الموت (Kematian)

(Sila tgk dalam full screen tuk nampak subtitle dgn lebih jelas)




Salam muhasabah..

Kematian. Perkataan yang paling tidak disukai apabila terasa diri tidak bersedia menghadapinya. Begitulah lumrah kehidupan,yang muda akan tua,yang tua akan pergi,yang muda jua tidak ketinggalan dalam mengikut jejak walaupun tika umur masih merah.Kematian sangat-sangat memberi impak kepada manusia,terutama bagi mereka yang berada dalam lingkungan kekeluargaan kepada si mati.Isteri,anak-anak,ibu,ayah,adik beradik sepupu,jiran,rakan,teman mahupun lawan.Semuanya mendapat kesan dari peninggalan si mati.
Perasaan sedih tatkala kehilangan orang yang disayangi sangat-sangat memberi impak pada keluarga terdekat pada si mati.

Akibat kematian,diri rasa sedih,hilang selera makan sehinggakan terlupa bahawa hampir sehari suntuk tidak menjamah makanan dek kesedihan yang membungkam.Di sinilah salah satu kewajipan sebagai rakan atau jiran untuk menceriakan keluarga tersebut.tetapi bagaimana??

Ketika peperangan Mu’tah,sepupu nabi,Jaafar bin abi Talib telah gugur di medan peperangan,berita gugurnya syuhada’ ini tidak membuatkan Nabi membungkam kesedihan bahkan terus dibelai dan dihiburkan anak-anak Jaafar untuk mengelakkan kesedihan kehilangan ayah mereka,dalam masa yang sama disuruh isterinya/khadam/sahabat-sahabat agar memasakkan makanan dan diberikan kepada keluarga jaafar bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung akibat dari kehilangan insan yang paling berharga dalam hidup mereka.

Kisah ini banyak memberi contoh kepada kita,apakah yang sepatutnya kita lakukan,pabila sahabat,atau jiran kita kehilangan ahli keluarga mereka.Menggembirakan anak-anak si mati akan menyebabkan jiwa kecil mereka tidak dibelenggu kesedihan yang tidak sepatutnya mereka tanggung.Bagi si ibu,jika melihat anak-anaknya dibelai oleh kenalan-kenalan,kawan2 rapat si mati mahupun jiran mereka,ini akan mengurangkan rasa beban si ibu yang sarat memikirkan kepada siapakah anak2ku akan menumpang kasih seorang bapa??..siapakah yang boleh kuharapkan untuk melihat anak-anakku yang masih kecil ini??..Apakah anak2ku boleh membesar tanpa seorang lelaki yang bernama ayah di sisi mereka??…Begitulah saratnya hati seorang ibu memikirkan masa depan anak-anaknya..Jadi,dengan menggembirakan anak-anak si mati,sekurang2nya ia akan mengurangkan rasa beban dan sesak yang ditanggung,untuk anak-anaknya.

Keduanya,memberi/memasakkan makanan kepada keluarga si mati.Akibat kesedihan yang membungkam hati-hati keluarga si mati,menyebabkan mereka kurang mengambil peduli sedikit tentang makan minum mereka dek kesedihan yang menimpa.Di sinilah perlunya kita menghulurkan sedikit juadah memberi kepada keluarga si mati,untuk mengurangkan rasa sibuk mereka menguruskan urusan si mati,menggembirakan hati-hati keluarga si mati, bahawa masih lagi ada yang mengambil berat tentang mereka.Juga memberi satu tanda yang kitalah tempat berteduh atau sekurang-kurangnya tempat luahan mereka jika sesuatu yang susah mereka hadapi selepas dari siapnya jenazah dikuburkan.

Begitulah serba sedikit berkenaan dengan kematian,yang bagi kita jiwa orang muda,yang kurang memikirkan soal kematian.Sedangkan Nabi menceritakan,secerdik-cerdik manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati.Dengan ingat pada kematian,kita akan mencongak sejauh mana amalan kita,jika terasa ianya masih kurang,maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut agar ianya seiring dengan datangnya ajal yang tidak pernah kenal usia.Moga-moga dengan coretan ringkas ini,akan membantu kita dalam menangani soal kematian yang tidak pernah lekang dari telinga.

Yang terakhirnya,mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada ayah,ibu ,datuk nenek dan sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.

Sumber : http://www.halaqah.net/

Oleh : umar alfateh