Monday, July 28, 2008

Terbukti ??!!



Salam..


Aku mmg dah agak dah.. Kes liwat ni hanya kes yang dibuat2.. Fitnah semate2.. La ni aku nak postkan keratan berita dari harakahdaily.net dan bukti yang aku amek dari traningkite online..


Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat


KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.


Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.


Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.


Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.
Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.


Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".


Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam. - mks.


______________________________________________________


(Sumber : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=13319&mode=thread&order=0&thold=0)
Tulisan Doktor diatas:


Mengadu sakit bont*t

Sakit kat lubang dubur masa buang air besar selama seminggu

Pesakit mengadu di"serang"..


Pemeriksaan fizikal


am

tidak pucat

tidak demam


Pemeriksaan per rectum/ lubang bont*t


Tiada pendarahan aktif

tiada parut

tiada luka

tiada nanah


Diagnosis


TRO "serangan"

(Pesakit bercadang untuk pergi ke hospital kerajaan) Untuk membuat laporan polis...


Analisis.


Mangsa (kononnya) telah pergi ke hospital swasta utk membuat pemeriksaan.Dalam kes ini, pegawai perubatan yang terlibat (bukan pakar) telah membuat pemeriksaan dan didapati tiada langsung kesan dakwaan mangsa (kononnya)


Jadi routine biasa, pegawai perubatan terbabit akan mencadangkan kepada mangsa (kononnya) supaya terus pergi ke Hospital kerajaan utk 2nd opinion dan utk mendapapatkan laporan yang lebih valid (legally) dan memudahkan urusan laporan polis.


Untuk pengetahuan korang... medico legal kes selalunya akan di rujuk ke hospital kerajaan yang terdekat kerana banyak kes medico legal memerlukan verifikasi dari pakar hospital kerajaan.Dan dalam laporan awal ini... si sepol nampaknya tiada langsung tanda2 diliwat...
-Wallah hu alam-

Thursday, July 24, 2008

Indahnye ~ ^^

Gambar baru yg diambil ketika 2 org tokoh hebat ni berbincang pasal isu Muzakarah PAS-UMNO


INDAH UKHWAH KERANA ALLAH... UKHWAH FILLAH ABADAN ABADAA..

Jgn lupeee... eeeee..

Gambar sekadar hiasan. Tiada kaitan yang hidup atau pon yg dah mati... :D

Salam...

Aku malas la nak citer panjang.. ni aku amek dari harakahdaily.. korg bace la.. haiz... Bagus taktik dorg neh.. Isu Muzakarah PAS + UMNO dan ISU LIWAT DSAI menutup kes Altantuya yg dah bape lame dah x selesai2 lagik.. dan kes kenaikan minyak... JGN LUPE WAHAI RAKYAT2 YANG DIAINAYA ~!!

Muzakarah tenggelamkan isu minyak, pembunuhan Atantunya
Bijak sungguh media perdana melarikan isu rakyat. Semua orang bercakap isu muzakarah. Kalau dulu sambil bubuh minyak, ada maki Umno-BN, kerana minyak mahal. Kadang-kadang penjaga pam yang tidak berdosa pun kena marah kerana minyak mahal. Dia tidak berdosa yang berdosanya pemimpin dan orang yang mengundi BN kerana pemimpinnya telah menindas rakyat dan mencekik darah rakyat.
Memang pemimpin Umno ini daripada awal lagi tidak boleh percaya. Sejarah pengkhianatan Umno pada Islam dan Melayu amat banyak. Umno yang sudah berumur 62 tahun, kalau ikut umur umat Nabi Muhammad s.a.w. nampaknya umurnya semakin hujung usia.

Umno lemas sekarang, kalau ada buaya di depan pun ia akan berpaut. Ia memerlukan talian hayat kerana nyawa sebenarnya sudah tidak ada. Umno menghidap penyakit kritikal, kencing manis, darah tinggi, jantung, gaut. Sudah nazak, untuk ditalkin sahaja.

Apa yang berlaku pada hari ini adalah mainan media yang menjadi kuda tunggangan Umno untuk menghancurkan perpaduan parti dan menimbulkan rasa curiga di kalangan Pakatan Rakyat. Mereka cuba menimbulkan keraguan supaya Pakatan Rakyat berpecah sesama sendiri.
Akhbar dan media perdana melaporkan (20 Julai), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan ada tiga kali pertemuan dengan pimpinan tertinggi PAS membincang masalah Islam dan Melayu.

Maka malam 20 Julai, Harakahdaily menyiarkan kenyataan Presiden PAS memang ada pertemuan selepas PRU ke-12 yang diwakili oleh YB Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Dato� Mustafa Ali (Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat) dan YB Khalid Samad iaitu Timbalan Pesuruhjaya Selangor.

Persoalannya kenapa Abdullah mendedahkan perkara ini kepada media. Apa perlu beliau membuat kenyataan ini. Daripada awal lagi kita sudah melihat pemimpin Umno tidak jujur. Di sini kita boleh andaikan bahawa tujuan dia untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat dan menimbulkan kerisauan pengundi PAS yang kononnya PAS hendak masuk BN.

Presiden Umno juga hendak menunjukkan kepada rakyat walaupun nampak lembik macam tidak cukup zat besi, "Aku berjaya menundukkan PAS yang boleh dianggap 'Singa Malaya' untuk ikut aku. Maka tertolaklah hujah yang mangatakan aku tidak bermaya seperti yang selalu dihujah oleh musuh politik dalam Umno sendiri."

Saya mengharapkan penyokong PAS dan pengundi PAS, jangan bimbang. PAS bukan parti 'Hasan Putu Mayong' tetapi PAS adalah jamaah yang ada prinsip, rujukan yang kemas dan organisasi yang mantap sehingga ke pelosok kampung.

Sebarang keputusan yang PAS hendak buat, tidak boleh secara peribadi. Ia mesti dirujuk kepada parti dahulu. Setakat artikel ini ditulis tidak pernah sepatah kita bincang untuk masuk BN (wali'yazubillah) dalam mesyuarat PAS Pusat.

Pandangan peribadi tidak boleh diterima dan dipaksa untuk jamaah. Percayalah PAS tidak akan mengkhianat amanah umat. Kita berpegang kepada hadis Nabi s.a.w. "orang Islam berpegang kepada janjinya." Insya-Allah sejarah persahabatan kita dengan orang lain, bukan kita yang meninggalkan kawan.

Saya mengharapkan program menganyang Umno-BN diteruskan. Talian hayat Umno mesti dikerat, bekalan oksigen mesti diputuskan supaya PAS sebagai penggantinya.

Umno jangan cuba untuk jadi juara Melayu dan Islam. Kerana Umnolah menyebabkan pemetaan politik rosak, sistem kehakiman, pengurusan ekonomi jahanam. Ayoh rakyat tumpukan agenda rakyat yang sedang menghimpit rakyat dengan tekanan hidup dengan harga barang keperluan yang naik setiap minit, bukan lagi setiap hari. - lanh

Wednesday, July 23, 2008

It's muqabalah.. not muzakarah...


Salam..
X berape lame ari tue.. Timbul isu muzakarah PAS dan UMNO yang ingin diadakan.. Yang digembar-gemburkan dalam siaran berita yang menjadi BARUA kerajaan BN.. Aku salah sorg makhluk Allah + ahli PAS (underground) yang gusar dengan muzakarah yang ingin dilakukan, diri aku bagai cacing kepanasan...

Tok Guru Nik Aziz kata jangan.. Puak BN tu x leh nak caye... Bahaya tuh.. Haha.. aku pon naek gusar la bile pemimpin PAS nak bermuzakarah dgn UMNO.. Mane x nyer.. UMNO parti yg penuh muslihat jahat.. X takut ker kalau cam tuh.. ++ UMNO ni lebih kurang cam parti Munafik.. well, kite dah nampak die tolak Islam.. pastuh dok wujud Islam Hadhari yg sesat lagi menyesatkan..

Aku nak merujuk kepada kitab Tafsir Al-Azhar karangan Dr Hamka yang menyebut "Ada pula yang mengaku bahwa beberapa ajaran daripada ideologi lain itu, sesuai dengan Islam. Dan oleh sebab ajaran itu sesuai dengan Islam, maka mereka tinggalkan Islam dan mereka memilih ajaran itu." Wah.. aku bagaikan terkesima melihat apa yang ditulis oleh Dr Hamka.. bagaikan beliau tau apa yg akan terjadi.. Well, la ni kita dah nampak.. puak UMNO + pemimpin menolak Islam, dan timbul ajaran baru iaitu Islam Hadhari.. huh... bahaye2.. die cube nak memecahbelahkan Islam.. tu yg bahayanya UMNO dan puak2nya yg lain... Dari apa yang disebut di atas.. aku secara totalnya tidak setuju kalau pemimpin PAS dan UMNO ingin bermuzakarah.. x ade gune pon kalau bermuzakarah ngan org2 cam tuh.. Haha.. :D

So, kat sini aku nak selitkan berita mengenai PAS hanya akan muqabalah, bukan bermuzakarah... Haha.. UMNO ang jgn dok mimpi nak PAS tolong.. Kamu tu parti asobiyah.. nyate2 ditolak oleh Rasulullah SAW... Biarlah UMNO pupus, lemas bagaikan FirAun yang ditelan oleh laut ketika hendak mengejar Nabi Musa AS... -Wallah hu alam.. Kalau ade salah fakta kt atas tolong bagitau aku.. aku ni dalam proses pembelajaran.. Hehe.. wassalam..


Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).

"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.

"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.

Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.

Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.

Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.
Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.

Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.

"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.

"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.

Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.
"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.

Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.
Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks. _

Friday, July 18, 2008

Ada orang cakap...


Ada orang cakap politik tu kotor, sucks, busuk dan lain2 (Ade la org tuh, haha.. Sape makan cili die terase pedas.. :P ).. Huh... So, benarkah politik (siasah) itu kotor?.. so sini ade artikel yang dipetik dari harakahdaily.net.. So, enjoy ~ Bace lek lok.. Huhu.. :D
Benarkah politik (siasah) kotor?
Bagi warganegara yang tidak mengambil tahu mengenai perjalanan politik dalam negara, sudah tentu mempunyai alasan sendiri untuk mengatakan ketidak-persetujuan mereka tentang perjalanan sistem politik yang dilihat sebagai meruncing, apatah lagi ia dianggap kotor lagi menjijikkan oleh sesetengah pihak.

Benarkah politik di Malaysia atau di negara-negara umat Islam bersifat demikian, lebih-lebih lagi tiada mana negara-negara umat Islam yang menjalankan sistem politik yang berasaskan Siasah Syariah sebagai undang-undang tertinggi negara, kerana senario politik menunjukkan, bahawa negara-negara Arab sama ada di utara Afrika dan di Teluk lebih cenderung kepada sistem politik Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme dan sebagainya.

Apatah lagi jika para pemimpin negara terlibat dalam kes-kes rasuah kemudian ia ditukar kepada istilah politik wang bagi mengelabui rakyat, konspirasi jatuh-menjatuh antara satu sama lain, salah laku, skandal, mengaut keuntungan daripada projek-projek mega yang hanya berkisar di kalangan mereka sudah menjadi sinonim yang bukan lagi rahsia yang perlu ditutup.

Tindakan-tindakan negatif seumpama itu memberi impak besar kepada kelancaran perjalanan sistem politik negara, yang akhirnya mengheret rakyat untuk membenarkan tindakan mereka. Tidakkah pengamalan politik seumpama itu mencemari demokrasi yang difahami umum sebagai satu sistem yang boleh dipercayai?

Justeru, penjelasan mengenai politik sama ada kotor atau sebaliknya perlu diberi pendedahan secara ilmiah.

Ia bertujuan mendidik rakyat agar sentiasa menjadi individu warganegara yang bukan hanya sekadar menerima pelaksanaan sesuatu konsep politik, malah bersedia untuk berdebat bagi menegakkan kebenaran politik yang bersumberkan kepada wahyu kebenaran Ilahi.
Jika pelaksanaan sistem politik dalam sesebuah negara berjalan mengikut kebenaran wahyu Ilahi, maka maksud sesuatu penyelewengan dalam sistem politik tidak akan berlaku seperti yang ditegaskan.

Konsep politik dari sudut teori, praktikal

Ia merupakan antara disiplin ilmu penting serta mempunyai kedudukan tersendiri.
Ada pun dari sudut praktikal ia memberi kebaikan jika negara ditadbir mengikut lunas-lunas sistem pentadbiran dan pemerintahan berasaskan kebenaran agama yang diceduk daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w., kerana sejarah telah membuktikan bahawa sistem politik yang ditadbir oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik sepanjang zaman.

Sehubungan itu, Imam Ibn al-Qaiyim al-Jawziah berpendapat, bahawa politik adalah satu perlakuan manusia untuk membawa kebaikan menyeluruh serta menjauhkan mereka daripada sebarang bentuk kerosakan yang bercanggah dengan hukum Syariat Allah SWT.

Politik yang baik menurut beliau, ialah satu sistem pentadbiran negara penuh suasana keadilan selari dengan tuntutan ajaran Allah dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. (sila lihat at-Turuq al-Hukmiah fi as-Siasah al-Syar'iah m.s 13-15)
Sementara Imam al-Ghazali pula mentakrifkan politik, sebagai dunia yang menjadi tempat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil di akhirat.

Tidak sempurna agama melainkan dihubungkan dengan dunia, sebagaimana tidak sempurna sesebuah kerajaan tanpa agama, kerana kedua-duanya adalah kembar yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Agama itu adalah pokok, pemerintah adalah penjaganya, sesuatu perkara yang tidak ada pokoknya maka ia akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya, maka ia akan hilang. (Ihyak Ulum al-Din 1/17 bab tentang ilmu, Dar al-Makrifah, Beirut).

Konsep pemerintah menurut hukum Siasah Syar'iah

Para ulama bersepakat menyatakan, bahawa pemerintah (khalifah) adalah pengganti kepada pelaksana Syariat Islam pertama iaitu Nabi Muhammad s.a.w., di mana baginda merupakan penjaga kepada agama Islam dan dasar-dasar politik dunia yang berteraskan kepada agama.
Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja seorang pendidik, motivator, hakim, malah seorang ahli politik yang berjaya sebagai ketua negara atau pemerintah umat Islam yang disusuli dengan para pemerintah di kalangan Khulafa Rasyidun yang telah melakarkan sejarah gemilang kerana berjaya memerintah negara dengan penuh keadilan dan keharmonian hidup bermasyarakat berasaskan ilmu pengetahuan dan keimanan yang kental.

Tetapi apa yang menjadi masalah kepada rakyat di negara-negara umat Islam hari ini, ialah mereka tidak mendapatkan para pemerintah yang melaksanakan sistem politik dalam negara masing-masing yang bersih, adil, telus, kerana ia diimport daripada peraturan dan undang-undang barat yang memisahkan pentadbiran negara daripada agama.

Maka lahirlah para pemimpin atau pemerintah yang memiliki cita rasa memerintah dengan peraturan yang sedikit pun tidak ada kena mengena dengan Islam. Mereka sanggup menjadi penyambung golongan penjajah yang memisahkan rakyat daripada agama, malah memperkenalkan ideologi falsafah yang cenderung kepada mengutamakan akal semata-mata.
Justeru, lahirlah gerakan-gerakan Islam yang tersohor seperti Ikhwan Muslimun di Mesir dan beberapa negara Arab lain, Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, MILF di Filipina, PAS di Malaysia dan sebagainya yang berani memasuki arena politik kerana ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Mereka melihat bahawa hukum dan undang-undang Islam tidak akan sempurna melainkan terlibat dalam politik bagi memegang kuasa eksekutif untuk melaksanakan Islam.

Sikap dan tindakan berani gerakan Islam berkenaan menceburi bidang politik, sedikit sebanyak mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat, bahawa Islam hanya boleh dibahaskan di masjid-masjid atau pun di surau-surau, malah membebaskan pemikiran masyarakat tidak hanya beranggapan bahawa ahli politik tidak boleh bercakap mengenai agama, sedangkan baginda Rasulullah menerusi sirahnya telah membuktikan keupayaan sebagai pemimpin negara, pentadbir atau imam di masjid tanpa melakukan pemisahan antara agama dan politik.

Apabila tidak ada individu yang faham Islam dengan sebaik-baiknya menceburi politik, sudah pasti banyak elemen agama tidak boleh diperjuangkan. Ini dapat dilihat bagaimana parti-parti politik berhaluan Islam di Algeria dan Tunisia tewas dan segelintir sahaja sebagai wakil rakyat di Parlimen, maka pihak berkuasa yang berhaluan Sekular sebagai golongan majoriti telah mengisytiharkan pengharaman pemakaian hijab (tudung kepala) di universiti-universiti seluruh negara tanpa dapat dihalang kerana ketiadaan kuasa untuk menghalang.

Malah pihak berkuasa begitu angkuh dengan nada sinis mengatakan di Parlimen, bahawa pemakaian hijab itu bukan sebahagian daripada pakaian Islam, malah ia lebih kepada pakaian suku kaum tertentu, sebagaimana solat hari raya di kawasan lapang bukanlah sunnah nabi, malah ia adalah solat politik yang dicetuskan oleh pembangkang.

Justeru, tindakan kejam pemerintah dengan membelakangkan hukum-hukum Allah, sedikit sebanyak memberi gambaran yang tidak sihat mengenai Islam, pada masa sama tindakan memberi dan menerima rasuah, berkepentingan adalah di antara aspek yang dikenal pasti merosakkan imej Islam di mata masyarakat hingga menyifatkan politik adalah satu agenda atau wadah jijik lagi kotor yang sepatutnya dijauhi.

Inilah kejayaan penjajah yang berjaya menanam bibit-bibit fahaman Sekular dalam minda, cara dan gaya hidup umat Islam agar terus berbangga bahawa Sekular lebih baik daripada Islam.

Rasulullah contoh terbaik ahli politik

Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. bukan sekadar menyeru manusia seluruhnya untuk beribadat dalam konteks solat semata-mata, tetapi perkara yang lebih besar daripada itu, iaitu menjalankan tugas utama manusia di muka bumi ini menjadi khalifah Allah, dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah.

Apabila ia berjaya dilaksanakan dalam sebuah negara yang diperintah oleh individu yang cintakan Islam, maka seluruh bentuk ibadat khusus dan umum boleh dilakukan tanpa sebarang sekatan dan halangan.

Kekhilafahan yang dijalankan oleh baginda itu, berteraskan kebenaran wahyu Ilahi walaupun pada masa itu ayat-ayat al-Quran masih di peringkat penurunan sedikit demi sedikit, tetapi apa yang penting kesediaan dan kesanggupan baginda yang dibantu oleh para sahabat untuk mendaulatkan Syariat agama Allah dalam bentuk yang lebih praktikal.

Sebagai ahli politik berpengaruh yang mentadbir negara, baginda meletakkan asas-asas keimanan menjadi agenda utama dalam diri segenap manusia tanpa mengira perbezaan suku kaum, malah telah menyediakan dasar dalam dan luar negara yang komited kepada Islam.
Mengenai dasar politik dalam negara, baginda menyediakan asas kemudahan rakyat sama ada dari sudut pembelajaran, keperluan hidup menjadi tanggungjawab pemerintah seperti air, api dan padang rumput yang boelh dikongsi sama oleh segenapa lapisan masyarakat.

Sementara dasar luar negara pula, baginda berusaha untuk memperkenalkan Islam kepada para pemerintah melelaui para utusan baginda bagi menyakan kesediaan mereka untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Justeru, baginda mengarahkan umat Islam supaya mengeluarkan zakat dan bukan Islam pula dikenakan bayar cukai, ia tidak lain adalah bertujuan untuk keharmonian rakyat sejagat melalui agenda mantap sistem perekonomian yang berteraskan al-Quran.

Kejayaan baginda itu ditiru dan diteruskan oleh para pemimpin selepas kewafatan baginda seperti Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman Affan, Ali bin Abi Talib dan beberapa pemerintah selepas itu. -wallah hu alam

Sunday, July 13, 2008

Malaysia negara polis / negara diktator?....

Salam...

Berhubungkait dengan Usul Undi x percaya kepada kepimpinan Pak Lah Lelap Al-Islam hadhari, hari nie polis melarang wartawan2 untuk membuat liputan sidang parlimen hari ni.. Huh.. ape kes?.. haha.. nak tau ape kes?.. nah, bace berita yang dipetik dari HarakahDaily.Net neh..

Sekali lagi perintah mahkamah cabul kehormatan parlimen

KUALA LUMPUR, 14, Julai (Hrkh) - Perintah mahkamah yang diperolehi polis bagi menghalang Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke parlimen hari ini, jelas melanggar perlembagaan kerana telah mencabul doktrin pengasingan kuasa dalam memohon dan mengeluarkan perintah menghalang Anwar itu.


Profesor Dr. Abdul Aziz Bari hairan dan berasa aneh bagaimana mahkamah boleh memberi perintah tersebut kepada pihak polis. Ini adalah kali ketiga polis mendapat perintah tersebut, ujarnya ketika diminta mengulas mengenai perintah mahkamah yang diperolehi polis bagi membolehkan mereka menangkap Anwar jika beliau menghampiri kawasan parlimen itu.
Perintah menghalang Anwar tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh mahkamah majisteret secara ex-parte, yakni permohonan sebelah pihak. Beliau menyifatkan tindakan polis itu menunjukkan betapa mereka tertekan dan tidak mampu berbuat apa-apa.


"Apa yang kita lihat ini cukup ganjil dan tidak pernah berlaku di mana-mana negara bertamadun yang mempunyai perlembagaan bertulis. Hanya negara polis atau negara diktator sahaja yang menyaksikan insiden seperti ini.


"Saya kurang jelas undang-udang apa yang dirujuk oleh mahkamah. Apa pun perlembagaan tidak menyebut kuasa mahkamah itu. Malah selama ini ada banyak kes mahkamah yang memutuskan bahawa parlimen mempunyai kata putus dalam hal-hal sedemikian", tegas Aziz yang juga pakar perlembagaan.


Ini bermakna, sambungnya, hanya parlimen - kebiasaanya melalui speaker - mempunyai kuasa menyekat atau memerintahkan ahli parlimen atau sesiapa yang difikirkan menghina parlimen meninggalkan dewan.


Pihak eksekutif (dalam insiden ini polis) dan mahkamah, ujarnya, tidak mempunyai kuasa atau hak untuk berbuat apa-apa. Dari satu sudut pihak eksekutif dan badan perundangan telah mencabul doktrin pengasingan kuasa dalam memohon dan mengeluarkan perintah menghalang Anwar itu.


Malangnya, kata profesor undang-undang itu lagi, parlimen memilih untuk berdiam diri dan membenarkan kehormatannya dicabul oleh kedua-dua pihak tersebut.


Aziz berkata, beliau tidak nampak mengapa Anwar perlu dihalang.
"Apakah Anwar seorang penjenayah atau seorang yang berpotensi melakukan jenayah? Atau apakah pihak polis mempunyai maklumat bahawa Anwar seorang pengganas?" soal Aziz.


Beliau berkata, pihak polis hanya boleh menghalang Anwar sekiranya bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai potensi untuk melakukan jenayah di parlimen. Jika tidak mereka tidak mempunyai kuasa atau hak untuk menghalang apatah lagi menangkap Anwar.


Tetapi malangnya, tegas Aziz, mahkamah yang sepatutnya meneliti isu-isu ini mengambil jalan mudah dan membenarkan permohonan pihak polis.


Beliau percaya pihak polis menggunakan peruntukan di dalam Kanun Prosedur Jenayah atau Akta Polis 1967.


"Tetapi kita harus ingat bahawa kedua-dua status ini adalah undang-undang biasa yang tertakluk kepada peruntukan dan semangat perlembagaan," tegasnya.
Katanya lagi, sebagaimana perintah mahkamah dalam kes Protes di KLCC itu, perintah terbaru ini menandakan kegagalan mahkamah mentafsirkan perlembagaan dengan sewajarnya.
Menurut Aziz, hanya mahkamah tinggi sahaja yang mempunyai kuasa untuk memberi tafsiran perlembagaan yang kemudiannya boleh dirayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Kes ini sepatutnya dirujuk kepada mahkamah atasan supaya isu perlembagaan yang berkaitan dapat dihalusi.


Dengan perintah demikian, tegas beliau, akan timbul tanggapan bahawa Anwar adalah seorang yang dianggap oleh polis sebagai suspek atau seumpamanya!


Beliau percaya perintah mahkamah itu ada hubungan dengan usul undi tidak percaya yang telah dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan kerajaan gabrah dengan perkembangan terbaru itu.


Anwar dan para penyokong Pakatan Rakyat bercadang untuk hadir bagi menyaksikan pembentangan usul undi tidak percaya itu. Tindakan polis dan perintah mahkamah adalah titik hitam yang akan tercatat di dalam perjalanan demokrasi di negara ini dan ia amat memalukan, katanya.


"Pihak polis dan mahkamah sepatutnya tidak menghalang satu proses yang dibenarkan oleh perlembagaan sendiri. Soal huru-hara, kacau-bilau dan demonstrasi adalah isu yang diada-adakan,"jelasnya lagi.


Pihak polis, jelas Aziz, sepatutnya mengambil langkah mengawal ketenteraman awam supaya undi tidak percaya itu berjalan mengikut prosedur.


Apa yang berlaku ini, pada pendapat Aziz, akan memberi gambaran bahawa Malaysia adalah negara polis di mana pihak berkenaan campur tangan di dalam proses demokrasi biasa yang diamalkan dengan aman termasuk di negara-negara ASEAN lainnya.


"Kita telah lihat bagaimana kerajaan tumbang melalui undi tidak percaya di Jepun, India dan Thailand," tambah beliau. Aziz menyeru pihak polis dan mahkamah bukan sahaja menghormati tetapi juga mempertahankan perlembagaan.


"Ini adalah tanggungjawab semua pihak yang diberi kuasa awam terutamanya para hakim," tegas Aziz sambil mengingatkan bahawa di sisi undang-undang keselamatan bukan cek kosong yang menjadi hak mutlak polis untuk menafikan hak rakyat. - tmj/mks. _


Saturday, July 12, 2008

Bila "BANGSAT a.k.a TV3" berkate2..


Baru- nih kt TV3 ade melaporkan MB Kedah, Ustaz Azizan dan isteri menaiki JET Peribadi yang disewa.. Haha.. Lawak2.. Si bangsat2 serta Barua kerajaan ,"TV3" nak tunjukkan bahawa kononnya Ustaz Azizan nak lakukan pembaziran.. Haha.. Betapa bangsatnya TV3 dalam aktiviti mereka dalam penyebaran FITNAH.. La'natullah alaikum ya TV3... dorg mmg dah melampau.. Fitnah x abes2.. tanpa soal selidik.. Huh.. berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Azizan mengenai berita yang dikeluarkan TV3 laknatullah..

______________________________________________________
Penerbangan atas urusan istana - MB Kedah
ALOR STAR, 11 Julai (Hrkh) - Berita siaran TV3 melalui Buletin Perdana semalam cuba memberi gambaran yang salah dengan mendakwa penyewaan jet peribadi oleh sebuah Kerajaan Negeri untuk ke negara jiran serta layanan protokol istana.

Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa penerbangan tersebut adalah atas urusan istana Kedah.

Menurut kenyataan tersebut, rombongan istana yang terdiri daripada Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara dan Toh Puan Bendahara serta Ketua Istiadat Istana Kedah, Dato' Saad Endut itu ke Brunei untuk menyembah jemputan kepada Tuanku Sultan Brunei ke Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanu Sultan Kedah.

Tuesday, July 1, 2008

Kes Liwat + Fitnah?.. Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah !!

Kes fitnah melibatkan liwat yang dilemparkan kepada Dato' Seri Anuar Ibrahim adalah bohong semate2 !! Kes tahun 1998 pon dah menunjukkan yang Anuar Ibrahim x bersalah.. so?.. kita nak percaya lagi ke pasal liwat neh?.. Ke pemimpin haprak negara kita dah tak ade idea laen sampai nak gne tuduhan kes liwat lagi?.. BODOH, BANGANG dan BAHALUL.. Perkataan yang sesuai dilemparkan kepada orang yg menfitnah..!

So, kesimpulan dari kes yang terbaru neh.. Kite kene kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.. sbb aku tgk la ni org dok buat pertuduhan senang2 je.. Pastu org yg dituduh dihukum, walaupun org tu x bersalah.. Lakhanat punye org yg ske fitnah neh !!

Ni aku nak post komentar Ustaz Zaharuddin pasal kes liwat nih.. "Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ? "

____________________________________________________

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ

ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-


1) Syarat kepada penuduh :


Beraqal
Sudah baligh


2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh


Beraqal
Baligh
Islam
Merdeka diri
BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل

عمر في أمر المغيرة بن شعبة

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
29 Jun 2008