Wednesday, January 27, 2010

4 Ulama Tersohor Sokong QAZAF Terhadap Saiful


Empat lagi ulama muktabar dalam bidang fekah menyusul Sheikh Yusuf al-Qaradawi (gambar) dan Dr Wahbah Az-Zulaili, mahukan permohonan mendengar aduan qazaf yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) terhadap Saiful Bukhari Azlan disegerakan.

Mereka ialah ialah Dr Saud Al-Fanisan, Dr Muhammad Ali Zaghul, Dr Muhammad Fuad Al-Barazi dan Dr Taha Jabir Al-Alwani.

Mereka sebulat suara menegaskan bahawa undang-undang Islam mensyaratkan penuduh (Saiful) untuk mengemukakan bukti kukuh berupa empat saksi bagi menyokong tuduhan liwat yang dibuatnya.


Jika beliau gagal berbuat demikian, Saiful harus berhadapan dengan hukuman hudud, menurut pakar-pakar agama itu.

Mantan Dekan Fakulti Syariah daripada Universiti Al-Imam Al-Sa’ud, Arab Saudi, Dr Saud Al-Fanisan menegaskan, pertuduhan liwat yang dibawa oleh Saiful secara langsung bertujuan mencemar keperibadian dan rekod baik Anwar.

Justeru, aduan qazaf itu harus didengar secepat mungkin bagi memberi keadilan kepada pihak berkenaan mengikut hukum syarak Islam, kata beliau.

Dr Saud mengenali Anwar sebagai orang baik dengan rekod perjuangan terpuji dan yakin permusuhan politik di peringkat tertinggi menyebabkan beliau diasak dengan pelbagai fitnah.

“Asas keadilan adalah seseorang itu bebas daripada pertuduhan sehingga ia dibuktikan di muka pengadilan. Kaedah ini terpakai pada sudut syarak dan perundangan sivil,” katanya.

Dekan Fakulti Syariah Universiti Mu’tah dari Jordan, Dr Muhammad Ali Zaghul pula menegaskan, jika pendakwa (Saiful) tidak mengemukakan bayyinah (bukti), seperti mengemukakan empat saksi, beliau dianggap pembohong dan penqazaf boleh dikenakan hukuman hudud.
“Dia (Saiful) (gambar) mesti mengemukakan bukti atau dalil terhadap dakwaannya. Jika gagal, kesaksiannnya tidak akan diterima,” katanya.

Dr Zaghul menyatakan pertuduhan itu adalah pengharaman paling keras jika berpunca daripada permusuhan politik dan memerlukan bukti yang benar-benar jelas untuk proses pendakwaan.

“Penegasan secara sumpah dalam kes ini tidak wajib dilakukan oleh Anwar. Mengikut kaedah Syariat Islam, bayyinah perlu dibawa pendakwa (Saiful) terlebih dahulu sebelum diikuti sumpah.

“Ia juga tidak harus bersandarkan ujian DNA sebagai bukti… ujian DNA hanya petunjuk, bukan bayyinah dalam syariat,” tambah beliau.

Ahli Majlis Kajian dan Fatwa Eropah merangkap Pengerusi Rabitah Islamiah Denmark, Dr Muhammad Fuad Al-Barazi berkata, pihak berkuasa harus merujuk kepada keperluan syarak Islam untuk mensabitkan seseorang atas tuduhan zina atau liwat.

“Jika ada pengakuan, maka tuduhan itu boleh disahkan. Jika tiada, Islam menuntut empat saksi yang melihat pelakuan zina atau liwat secara jelas dan terang, tanpa sebarang keraguan. Jika tidak, maka ia dikira qazaf. Malah, jika disaksikan tiga orang, kemudian saksi keempat mengingkari kesaksian itu, maka tiga saksi berkenaan dihukum sebat,” tegas beliau.

Pakar Feqah dan Usul Fekah, Pengarah Institiut Pemikiran Islam Antarabangsa dan mantan Pengarah Majlis Fekah Amerika Utara, Dr Taha Jabir Al-Alwani, pula secara asas menolak pertuduhan itu.

Hujahnya, Ibnu Qayyim dalam bukunya, Al-Turuq Al-Hukmiah dan ulama lain menolak dakwaan yang dibuat oleh orang yang diragui keperibadiannya.

“Dakwaan terhadap orang yang ada kedudukan dalam masyarakat dianggap qazaf manakala pendakwa adalah qazif (penuduh), mengikut al-Quran ayat 4 Surah An-Nur,” katanya.
- Fazallah Pit

Wednesday, January 20, 2010

Mursyidul Am BARU !


KAHERAH, 20 Jan: Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun.

Beliau adalah Mursyid Am kelapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928.

Dr Muhammad Badi’ (GAMBAR) menggantikan Mursyid Am KeTujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir.

Beliau adalah anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin kelapan dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.


Sumber : http://www.harakahdaily.net/

Sunday, January 17, 2010

Palestin... Muslim dan dunia...




Sudah lupakah kita mengenai Palestin?

Apakah yang berlaku di Palestin?

Adakah isu Palestin ini hanyalah bermusim?

Apabila terjadinya keganasan yang tidak berperikemanusiaan ke atas saudara-saudara kita di Palestin oleh tentera Yahudi Laknatullah seperti berlakunya pada Awal Muharram yang lalu. Baru mahu kita membuka mata? Baru mahu kita bangun daripada lena? Sama-samalah kita berusaha untuk saling peringat-memperingati. Kadang-kadang kelalaian dan kealpaan tumbuh dalam sanubari ini.

Penyakit 'wahn' sudah lama melanda masyarakat Islam. Penyakit yang merupakan 2 dalam 1. Dunia sudah tersemat di dalam hati masin-masing. Akhirat hanya sekadar angan-angan. Berusaha untuk kehidupan di dunia sahaja. Janganlah kita termasuk dalam golongan sebegini.

Daripada Tsauban r.a. berkata:

Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahn'".

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Adakah orang Islam di Palestin mencintai dunia? Tidak sama sekali. Bagi mereka, menang atau kalah mereka tetap menang. Mereka berusaha habis-habisan dan bermati-matian. Jika mereka kalah, mereka mati dalam keadaan syahid.

Itulah cita-cita yang paling tertinggi yang seharusnya ada dalam jiwa kita ini. Namun,seharusnya kita perlu berubah dan merubah suasana kehidupan kita. Perlunya bermula daripada pembinaan diri (Tarbiyaah Tdzatiyah).




Palestin Yang Bermusim
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: are91thief
Editor: RosNiza Abdullah