Friday, October 24, 2008

"Ana dan cinta..." -Kisah seorang muslimah-


Salam muhasabah buat para muslimah...

Cerpen ni, aku amek kt Halaqah.net yang dipetik dari website artikel2u.net.. Cerpen sesuai tuk muslimah2 kt luar sana.. yg syabab2 pon bleh gak amek pedoman... Muhasabah diri, hindari dosa... Layan, zassss.. ~

" Setiap hari kawan-kawan rumah ana bercerita tentang lelaki idaman mereka: apa yang dikatakannya, apa yang ditawakannya, apa yang dilakukan dan segalanya, apa kandungan sms yang diberinya. Tambah-tambah lagi lelaki yang memang diidam mereka sejak dahulu, maka gembira bukan kepalang bila ‘mimpi selama ini jadi kenyataan.’ Ana tak terniat nak menunjukkan reaksi kurang senang. Mungkin ana sangat pentingkan diri. Ana takut nak memberitahu yang ana naik muak mendengar semua itu. Ana takut mereka semua marah pada ana. Ana memang pentingkan diri. Mungkin sebab kami telah lama menjalin ikatan persahabatan, ana takut ikatan ini putus begitu sahaja kerana salah faham. Hati ana berbelah bahagi.

Lantas ana tiada jalan lain selain menunjukkan muka kurang berminat bila mereka semua bercerita. Sememangnya, ana sakit hati bila fikirkan suatu persahabatan boleh bertukar menjadi berisiko bila tajuk lelaki muncul. Yang ana sedihkan, mereka fikir ana cemburu…. Dulu, ana seperti mereka, melompat kegembiraan bila dapat tunjuk ayu atau tunjuk baik pada lelaki yang ana suka. Di hadapan lelaki-lelaki ini, ana haruslah kelihatan perfect dan sempurna. Tambah-tambah lagi bila mereka senyum atau tegur, dunia kelihatan cerah walaupun hari hujan. Ana tahu, kawan-kawan ana cemburu pada ana. Mereka bercakap di belakang ana. Ana tahu ada kawan ana yang selalu menangis kerana cemburukan ana. Allah memberi ujian. Allah beri segalanya pada ana. Ana mampu attract lelaki-lelaki yang ana suka. Ana dapat segalanya. Ana bersembunyi di belakang dinding hipokrit ana, hidup sebagai pelakon. Hanya kawan-kawan ana yang tahu siapa ana.

Di dunia luar, ana kelihatan baik tapi di rumah, ana bertepuk sorak tentang lelaki. Aduh, teruknya ana! Ana belajar bercakap, mendengar malah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ana gembira kerana ramai kawan ana suka pada ana yang makin sporting. Dalam masa yang sama muncul kawan-kawan ana yang menasihatkan ana secara halus. Ana faham maksud mereka. Namun, ana kabur dengan kehidupan ketika itu kerana pada ana, sememangnya ana tidak melakukan apa-apa kesalahan! Malah terlintas di fikiran ana yang kawan-kawan yang menasihat itu terlalu kolot kerana hidup di dalam kepompong islamic mereka. Ana dapat lakukan apa yang ana teringin lakukan dulu. Bermula dengan tegur-menegur, bertanya, berbual, bergurau dan seterusnya yang semakin lama menghampirkan ana pada perkara-perkara fitnah. Ana pula sukakan gosip-gosip tentang ana lantas ana mengapi-apikan lagi semua gosip itu. Ana bangga. Dan dalam masa yang sama, kawan-kawan ana semakin cemburu…

Ana keluar date dan ana yakin ana tidak bersalah kerana berteman dan berpakaian sopan. Ana lupa yang teman ana juga keluar date seperti ana. Nampaknya, fungsi perkatan ‘teman’ itu tak bermakna. Namun, semakin lama ana semakin cemburu pada kawan-kawan ana yang selalu menasihatkan ana. Hidup mereka dekat dengan agama. Tiada unsur-unsur fitnah. Mereka ini tiada gosip dan tidak meletakkan diri mereka di dalam dunia sia-sia. Yang membuatkan ana paling cemburu, semua orang baik-baik yang ana kenal, sukakan mereka! Baru ana terfikir, setiap manusia akan mencari seorang teman yang baik dan bertaqwa. Begitu juga ana. Manusia-manusia yang leka akan mengambil jalan mudah untuk berfoya-foya terlebih dahulu sebelum mencari teman idaman yang soleh/solehah. Dan ana, ana di golongan mana? Kemudian. ana masih meneruskan kehidupan ana yang penuh dengan penipuan, hipokrit dan kebencian itu. Ana teruskan enjoy. Tanpa ana sedari, ana mengalami suatu perasaan menyesal setiap kali ana habis enjoy seperti berdating dan sebagainya. Perasaan berhibur dan menyesal itu datang bersilih ganti sentiasa. Perlahan-lahan ana tertarik semula pada kehidupan yang sebenar. Istilah ‘muda hanya sekali’ terpadam dari kepala ana.

Ana sedar. Ana sedar. Ana sedar. Kadang-kadang, ana cemburu pada kawan-kawan ana yang masih enjoy dengan hal-hal yang tidak berfaedah itu. Ana teringin bercouple, sms, terasa disayangi dan menyayangi. Sememangnya setiap manusia teringin. Namun, ana bersyukur akal ana masih boleh berfikir dengan waras akan kesan-kesannya yang memudaratkan hati. Ana kerap kali tekankan di kepala ana yang ana akan menyesal akhirnya walaupun ana enjoy seperti mereka. Ana teringat kepada perasaan menyesal seperti yang selalu ana alami dahulu:

1. Ana teringin bercerita masalah pada seorang lelaki yang boleh dianggap kawan baik seperti yang dilakukan oleh kawan-kawan ana. Namun, ana tekankan yang semua masalah ana biarlah ana sandarkan pada Allah. Ana tidak juga bercerita kepada kawan-kawan perempuan ana. Masalah, kesedihan, dan penderitaan ana biarlah jadi milik Allah.

2. Ana teringin bergelak ketawa dengan lelaki. Kemudian, muncul peringatan-peringatan Allah di kepala ana. Ana teringin berkawan rapat atau gang dengan lelaki, kemudian muncul pula kata-kata nasihat kawan-kawan ana. Sebaik-baik perempuan solehah ialah yang tidak meniti di bibirnya nama-nama lelaki dan tidak meniti di bibir mana-mana lelaki namanya. Selalu ana tekankan. Hindarilah zina. Pergi jauh. Terutamanya zina hati.... Ana tekankan bila terbuka soal couple, sms, dating dan sebagainya..

Sahabat ialah mereka yang memberitahu kamu kebenaran, bukannya membenarkan apa yang kamu beritahu…Ana tidak dengki mereka mendapat lelaki kacak walaupun lelaki itu direbut juga oleh ana dahulu. Ana tidak dengki mereka dapat makan bersama lelaki idaman dan dapat studi sama-sama. Ana tidak berdengki. Yang ana tahu, ana sayang kawan-kawan ana…..

Ya Allah..bukakanlah pintu hati kami untuk menyambut hidayahmu." - wallah hu alam..

Tuesday, October 14, 2008

Muhasabah: Setiap Muslim perlu jaga hati





Oleh :Ustaz Zainudin Hashim


Bulan Ramadan adalah masa paling sesuai untuk mengorak langkah menjadi insan cemerlang dari sudut amalan, cara hidup, berpakaian, berinteraksi sesama manusia, kerana di dalamnya disediakan sukatan (silibus) yang terbaik daripada Allah SWT.

Justeru, walaupun Ramadan telah berlalu, pasti terdapat insan bergelar graduan cemerlang ketika meraih hadiah kecemerlangan pada malam konvokesyen (Aidilfitri) dengan persiapan yang mantap dari sudut kesediaan sambutan yang diredai Allah SWT.

Iaitu sambutan menghidupkan malamnya dengan bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil, membaca al-Quran, berqiayamullail, ia bertujuan untuk menghidupkan hati manusia pada hari di mana Allah matikan hati mereka iaitu pada hari kiamat, ia bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri), maka hatinya tidak akan mati pada hari Allah matikan hati-hati manusia (akhirat)."

Justeru, Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah menerusi ayat 36 surah al-Israa maksudnya: "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Baginda s.a.w. menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya, itulah hati manusia. (Maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Paling penting, setiap Muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena virus penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah pada hari kiamat.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:

* Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.

* Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.

* Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.


Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.

Ini ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu'araa yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera)."

Iaitu sejahtera, bersih dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Apa yang perlu mereka ketahui, ialah bahawa hati manusia terbahagi kepada tiga jenis, satu positif dan dua yang lain adalah negatif, ia terserah kepada manusia Muslim untuk memilih salah satu daripada tiga jenis hati: (a) hati yang sejahtera (daripada segala bentuk khurafat, syirik, bidaah, nifaq), (b) hati yang mati dan (c) hati yang sakit.

Hati yang sejahtera

Iaitu hati yang sejahtera daripada menuruti hawa nafsu serakah yang menyalahi perintah Allah SWT, tidak terjebak dalam perlakuan syirik kepada-Nya, tidak melakukan tindakan yang menyalahi ajaran Rasul-Nya. Ia adalah hati yang sentiasa tunduk kepada kehendak Allah, mencintai-Nya lebih daripada isi dunia, takut kepada seksaan-Nya, rindu untuk menemui-Nya, ikhlas kerana-Nya, mengasihi seseorang Muslim dan membencinya kerana-Nya, sentiasa sokong dan cenderung kepada hukum-hakam-Nya, terselamat daripada jangkitan virus penyakit hati. Inilah hati yang hidup sejahtera, lembut, sedia menerima nasihat.

Hati yang mati

Iaitu hati yang berlawanan dengan hati yang sejahtera 100 peratus, iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum-Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.

Hati yang sakit

Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?

Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline.net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1. Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.

2. Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.

3. Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.

4. Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.

5. Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.

6. Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

7. Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

d) Khusyuk dalam solat.

e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.

g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

h) Beriktikad dengan akidah yang betul.

i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.

j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Wednesday, October 8, 2008

Doa seorang kekasih...


Salam...
Kepada yg berkenaan, ana nak mintak kepercayaan *orang yg berkenaan* tuk percayekan ana.. Ana akn tunggu *orang yg berkenaan*.. Ana akn cube sedaya upaya tuk tunggu dan tunggu.. tapi bagi ana sebenarnya ianya terlalu awal.. ana terlalu muda tuk menempuh alam rumah tangga... ape2 pon, berdoa.. ana mintak *orang yg berkenaan* berdoa... jgn putus asa.. ana dah bagitau awal2.. ana takut memberi harapan dan menerima harapan.. ana takut dua2 kcewa...

Kita kene yakin ngan jodoh yg bakal Allah berikan kt kita.. Ape2 pon, kalau kite x dijodohkan, harap kedua2nye pasrah dah redho ape yg telah ditentukan Allah.. Sume die dah ditulis.. dah ditentukan... x kn kita nak melawan takdir?.. insya-Allah, ana akn tunggu.. tunggu dan terus tunggu.. tapi bagi ana masa tuk meng*upgrade* taraf hidup ana yg x seberapa sekarang...

Ana mintak *orang yg berkenaan* berhenti msg ana.. ana x nak terlibat dgn zina hati or wad ever else yg berkaitan dgn zina.. ana dan *orang yg berkenaan* laki dan perempuan ajnabi.. bukan muhrim.. so, faham2... ana lebih rela kehilangan *orang yg berkenaan* dari mendapat murka Allah SWT.. ana dah tak tau nak habaq lagu mana.. ana mintak jgn terlalu mendesak ana... ana ade komitmen lain dalam hidup ana.. ana ade target dalam hidup ana..

ape2 pon, doa sokmo.. mintak kt Tuhan Empunya Alam.. Tuhan yg menentukan Ajal, Jodoh dan Rezeki kite.. Allah SWT... insya-Allah.. Wassalam...

(p/s: ana dah x tau nak habaq lagu mana, *orang yg berkenaan* baca la blog ana ni.. moga2 *orang yg berkenaan* faham... Jangan terlalu menaruh harapan pada ana, ana takut *orang yg berkenaan* kecewa nnt.. dan ana mintak *orang yg berkenaan* juga jgn terlalu memberi harapan kepada ana.. ana takut nnt ana juga akn kecewa...)



Doa Seorang Kekasih - InTeam

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Tuesday, October 7, 2008

Hukum Puasa 6 Syawal dan Maksud melaksanakannya berturutan dengan Ramadhan


Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Penterjemah: bin Sahak

Soalan:

Apakah hukum puasa 6 hari dalam bulan Syawal ? Apakah disyaratkan puasa enam itu berturutan?



Jawapan:

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.


Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:

Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”


(Persoalan) Apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya ? seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan.

Permasaalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi aku (al-Qaradhawi) lebih cenderung kepada pandangan yang kedua, sama juga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah. -Wallah hu alam..