Monday, June 30, 2008

Bersumpah dengan nama Allah !! Kalau berani !!



'Datangkan empat saksi, bersumpah dengan nama Allah'




KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Tuduhan liwat terhadap Dato� Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicetuskan dan membuka "luka lama" sepuluh tahun lepas yang mana tuduhan yang sama turut dikaitkan ketika tahun 1998 sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.


Senario ketika itu sudah cukup membangkitkan situasi getir dan huru hara ketika fitnah liwat dilontarkan kepada beliau dan tanpa menghadirkan bukti dan kenyataan yang kukuh merupakan perbuatan yang zalim dan menganaiya seseorang individu.


Demikian pendapat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang meminta kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menimbulkan situasi huru-hara ketika negara ditimpa fitnah yang besar sekali lagi.


"Oleh kerana itu, Islam menekankan bahwa tuduhan liwat mestilah didatangkan dengan empat orang saksi dan bersumpah di mahkamah atas nama Allah, jika benar ataupun tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," kata Presidennya Mohd Hilmi Ramli dalam satu kenyataan media.


Kata beliau perbuatan memfitnah merupakan dosa yang dasyat dalam Islam, kerana akhirnya boleh menimbulkan huru hara dalam masyarakat sekaligus perpecahan dan keamanan negara boleh tergugat akibat budaya fitnah yang menjadi �permainan� politik pemimpin politik.
"Kita menggesa kepada pihak berwajb supaya melaksanakan tugas dengan adil dan amanah. Seharusnya laporan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim bukan satu-satunya isu orang kenamaan yang perlu diberi tumpuan besar.


"Malah banyak lagi kes melibatkan moral dan akhlak orang kenamaan lain yang turut sepatutnya disiasat. Isu rasuah, salah guna amanah rakyat, keruntuhan akhlak pemimpin dan sebagai tidak harus dipinggirkan," katanya.


PKPIM katanya menyeru agar semua umat Islam dapat mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia, supaya keadaan sekarang tidak berlanjutan menimbulkan suasana ketidakamanan dalam negara.



Thursday, June 26, 2008

Undang-Udang Islam



Undang-undang Islam hanya sesuai di negara Arab?



Salam ukhuwah, salam perjuangan...

SOALAN (TARMIZI WONG ABDULLAH, Seri Kembangan): Di Malaysia, masyarakatnya majmuk, terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama. Rasionalnya undang-undang yang sedia ada paling sesuai bagi negara majmuk seperti Malaysia. Ada pun undang-undang Islam hanya sesuai untuk orang-orang Arab di negeri Arab, yang kebanyakannya terdiri daripada satu bangsa, tidak seperti kita. Inilah yang selalu menjadi perbualan yang sering dibangkitkan, apa pandangan Dato'?

JAWAPAN (Tuan Guru Dato' Dr Haron Din): Islam bukan untuk orang Arab sahaja, meskipun pada mulanya diturunkan dalam masyarakat Arab.

Islam sebenarnya untuk semua insan, ia risalah sejagat.

Nabi Muhammad s.a.w. tidak diutus untuk satu-satu kaum sahaja, malahan untuk semua manusia.

Allah berfirman (mafhumnya): "Dan tidak Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya..." (Surah Saba', ayat 28)
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda (mafhumnya): "Saya diutuskan untuk sekalian manusia."

Dalam hadis yang lain baginda menyebut (mafhumnya): "Bahawasanya saya adalah rahmat Allah yang dihadiahkan kepada kalian."

Muhammad adalah Rasulullah terakhir, Nabi akhir zaman, selepas baginda tidak ada lagi Nabi dan Rasul.

Soalan anda bertitik tolak daripada masyarakat majmuk sebagai landasan untuk menyatakan bahawa Islam tidak boleh diterima sedangkan, hakikatnya masyarakat majmuklah yang menjadi pilihan Allah untuk melahirkan agama-Nya.

Islam lahir dan berkembang dalam masyakarat majmuk, sama ada masyarakat Makkah ataupun Madinah.

Ini bukanlah bererti masyakat majmuk yang berlainan agama itu mesti memeluk agama Islam.

Tidak!

Mereka dibebaskan atau diberi kebebasan untuk beramal dengan agama mereka sendiri.
Masyarakat yang wujud sebelum kedatangan Islam, adalah masyarakat yang berpecah belah, setelah mereka menerima dan hidup di bawah naungan Islam, mereka menjadi aman dan bersatu padu.

Daripada permusuhan mereka memupuk persaudaraan, daripada memakan harta secara tidak jujur kepada penuh kejujuran, daripada berbencian kepada berkasih sayang, daripada kemunduran kepada kemajuan, dalam erti kata yang sebenar.

Inilah yang Allah sebutkan dalam al-Quran (mafhumnya): "Dan berpegang teguhlah kamu sekalain dengan tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu berpecah belah; dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah), lalu Allah menyatukan di antara hati-hati kamu (sehingga bersatu padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara mara..." (Surah Ali 'Imran ayat 103)
Sekiranya anda berpegang kepada situasi di negara kita dengan keadaan yang kita berada sekarang ini, sudah cukup dan selesa untuk orang-orang seperti anda yang berkemungkinan tidak pernah bermasalah.

Tetapi mengapa anda tidak merenung situasi yang orang ramai hadapi sekarang ini, di mana keselamatan akidah terancam, pegangan manusia kepada agamanya berkecamuk dan bercelaru.
Nyawa manusia telah disia-siakan. Berlaku bunuh membunuh, kesihatan akal manusia bercelaru akibat mabuk, manusia hilang kewarasan, hatta untuk membuat perhitungan baik burukpun bercelaru.

Maruah manusia jelas tergadai dan hilang harga diri. Apatah lagi apabila anda melihat gelagat muda mudi yang hanyut, meskipun ada yang baik.

Harta benda yang dimangsakan oleh perompak, pencuri dan penipu. Indeks jenayah dalam semua kes terus melonjak, tidak ada petanda hal-hal sedemikian itu boleh reda.

Hal-hal ini berlaku antara sebabnya ialah kerana undang-undang yang ada tidak berjaya membendung dan memperbaiki penyakit masyarakat yang berlaku.

Cuba anda fikirkan pula hal-hal negatif ini tentulah cuba ditangani oleh pihak berkuasa dengan tindakan dan pelbagai cara, termasuk dengan mengadakan pusat pemulihan, atau dengan menangkap serta menghukum penjenayah di mahkamah.

Tetapi semua yang berlaku, penyakit cuba diubati, tetapi tidak dilihat kesungguhannya, malah penyakit itu semakin hari semakin melebar dan teruk.

Mengapakah tidak diusahakan ubat lain yang setidak-tidaknya dilihat sebagai suatu alternatif bagi mengubati penyakit-penyakit yang sedia ada.

Kita adalah makhluk ciptaan Allah, Allah Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan makhluk ciptaan-Nya. Dia tahu penyakit yang akan dihidapi dan Allah menyediakan ubat untuk yang dicipta-Nya.

Dia lebih mengenali manusia dan mengetahui atur cara atau manual yang perlu mereka ikut untuk mengatasi masalah kehidupan.

Kerana itulah Allah SWT menurunkan agama-Nya dan peraturan-peraturan-Nya, bukan sahaja masyakat Islam, malah untuk manusia keseluruhannya.

Dengan kebijaksanaan Allah undang-undang-Nya diturunkan, Kitab-Nya diketengahkan dan peraturan-peraturan-Nya dipaparkan, guna untuk keselamatan umat ini di dunia hingga ke akhirat.

Oleh yang demikian, masyarakat majmuk bukan sebab Islam tidak boleh diterima, kerana Islam itu boleh memaparkan dan menawarkan kelebihan nyata untuk kepentingan insan. Wallahu a'lam.

p/s : Hanya orang bodoh dan jahil sahaja(Kerajaan yang x amalkan undang2 Islam) yang tidak akan menerima hukum2 yang telah ditetapkan oleh Syara'.. Juz like Islam Hadhari la.. Mane si paklah dapat wahyu ntah, bleh plak wujud Islam Hadhari.. SESAT SESAT !!

Saturday, June 21, 2008

HUKUM UPTREND DAN Hai-O

Salam..,


Ada seorang guest yang mempromote uptrend dalam page aku.. be4 nak promote.. bace dulu artikel bawah nie.. (Aku bagi link je.. malas nak masukkan, x de mase, keje lain banyak..) Banyak keraguannya dalam uptrend neh.. dan aku sependapat dengan UZAR.. SO PLEASE, JGN SEBARKAN DAKYAH2/PROMOTE2 UPTREND DALAM BLOG AKU..!! AKU HARAMKAN !! Ok?.. Mintak beri kerjasama.. aku x nak bersubahat dengan benda2 yg syubhah nie... Nnt aku plak dpt dosa banyak2 sbb bagi org promote dalam blog aku... Mintak Kerjasama..


Kisah Uptrend & Hai-O Oleh
Perunding Kewangan Islam

Thursday, June 19, 2008

Kerja, kerja...


"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan
melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. "
At-Taubah: 105

__________________________________________________________


Salam..

Coretan aku sebelum maghrib menjelma.. Huhu.. Sedar x sedar dah nak dekat 3 minggu aku kerja kt sebuah intitusi pengajian awam sebagai Technician Computer...

Huhu.. x sabarnyer aku nak dpt gaji.. tapi 1st gaji aku mmg akan tinggal sket.. bapak aku, mak aku, akak aku, adik aku dah claim mcm2.. tu belum lagi member2 yg claim pizza hut.. aduyaii ~ Pokai aku... x kesah la.. kira tu aku blanje kenduri kesyukuran (kunun2 punye kenduri) sbb aku dpt keje la tu.. huhuu..

La ni aku jadi makin bz dan semakin bz.. sabtu, ahad, siang, malam keje.. x kesah la keje siang malam, janji aku bleh claim "OT" haha.. kayo pak cik.. ngee..

Errr... Errmmm... Ape2 pon aku mmg bersyukur banyak2 kt Allah SWT yang bagi aku rezeki tuk kerja kat sini.. mesti adehikmah aku dapat kt tempat neh.. Hehe..

Bes keje kt sini.. islamic sket.. daripada aku keje kt tpt laenn.. :P Ustaz2, ustazah2 ramai.. best.. tiap2 pagi ade bace doa.. dorg pasang kt Pejabat Dekan.. tiap ari jumaat ade bace yassin (tapi la ni aku dari start sampai skrang x penah join depa.. awat?.. sbb aku lupa.. hehe.. esok aku pasti pergi !! Aku dah set reminder kt hp karat aku neh.. haha..).. wahh.. barakahnye tpt aku keje.. :)

Ape2 pon ALHAMDULILLAH sekali lagik... Haha.. yg dok mengeluh x dpt keje lagi tuh.. jgn putus harapan dengan rezeki yang Allah bagi.. carik.. Insya-Allah kalau dah rezeki tu akn dapat nyer ape2 yg kita nak.. K?.. Nak kuar dulu.. Hehe..

Wassalam...

Wednesday, June 18, 2008

Kawin kawin.. Ehh.. Nikah !!



Salam..

Huh.. kadang2 aku terpikir gak.. atas dasar ape kita sebagai makhluk Allah berkahwin dengan jodoh yang diberikan Allah.. Huh.. Ade banyak sebab musabab kita kahwin dgn seseorang.. mungkin sbb nafsu?.. x pun harta??.. x pon sebab paras rupa kecantikan yang x kekal selamanya.. Hurmm... Pkir2kan lah.. Yang penting, perkahwinan kerana ibadah kepada Allah.. insya-Allah x kan ade pertelingkahan dalam perkahwinan kita tuh...

Tak nak dipanjangkan citer, bace bende kat bawah neh...


بسم الله الرحمن الرحيم

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana NAFSU, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepadaALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Wallah hu alam..

Remember me always.. Insya-Allah..





Bila anak buah x puas hati.. :P



Salam..

Semalam tgk berita, sume heboh pasal Parti SAPP di Sabah nak kuar dari BN akibat x percaya dgn kepimpinan PakLah"Lelap"... Haha.. Bagus la SAPP dah sedar yg PakLah"Lelap" tu x leh jadi PM.. ngeee... So, dorg buat keputusan nak sokong usul x percaya kat PM.. haa.. no berita selanjutnya.. aku amek dari HarakahDaily.Net... Nah, so enjoy the news.. ngehh..

Parlimen akan gempar dengan usul tidak percaya terhadap PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab hari ini apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) didakwa akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Badawi dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.
"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataan yang tersiar dalam satu laporan hari ini.
SAPP mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato' Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada Abdullah berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, tetapi tindakan tidak dilakukan.

Selain itu beliau menyatakan tindakan menaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah menyebabkan rakyat miskin di Sabah khasnya menjadi miskin tegar.
Selain itu, beliau berkata selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan.

"Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Abdullah Ahmad Badawi.

"SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih," katanya.

p/s: SAPP dah amek tindakan... yg laen bile plak?.. dok jadi pengampu je.. Haha..!!

Wallah hu alam.. Salam..


Sape cakap demonstrasi Haram??.. Islam Hadhari je yg cakap ~



Menyertai demonstrasi adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariah sebaliknya merupakan satu dari cabang dakwah dan proses pentarbiyahan.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Zainal Asri Romli, demonstrasi dalam harakah merupakan satu uslub daripada uslub dakwah dan satu wasilah daripada wasilah dakwah.

"Kita jangan terpengaruh dengan pandangan yang mengatakan demontrasi ini sebagai 'ghairu syarie' (tidak syarie) sebab ia juga merupakan satu pentarbiyyahan juga," ujar beliau ketika ditanya Harakahdaily berhubung demonstrasi yang dicetuskan sebagai bantahan kepada kenaikan harga minyak.

Menyertai demonstrasi menurut beliau, adalah proses untuk mentarbiyah diri.
"Kalau demontrasi kita tidak berani sertai, apatah lagi perang yang sememangnya lebih dahsyat," tuturnya berkias mengakhiri temubual tersebut. - HarakahDaily.net

GERAMM !! MARAH !!




GERAMM
(GERAKAN RAKYAT ANTI MANIPULASI MINYAK)
___________________________________________________________

PLEASE....
I need ur attention!Send ur signature to this petition....Sign tuk membantak kenaikan harga minyak yang melampau ~! Do it if u care bout it.. Jgn nnt naik lagi korg bising2... Sign jer petition neh.. x susah pown.. K?.. Thanks n Jazakallah khair...


Read this COUPLERS !!

Couple.. huh, ni la trend budak2 zaman skrang... x kire la yang muslim nyer, ngan yg non muslim nyer.. huh.. naik letih mate ana tertgk maksiat depan mate.. nak tegow x de keberanian.. tapi dalam hati.. huh, hanya Allah yang tahu.. so, kat sini, ana nk taruk satu artikel pasal hukum ber'COUPLE' neh.. so, sebagai rujukan dan pedoman.. jgn terase ek..?


Dipetik dari laman web : http://apis.com.my/apis/content/view/16/2/


بسم الله الرحمن الرحيم


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.


Apa Itu Ber'couple'?


Ber'couple' merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula 'masuk line'. Ade yang...

berbalas-balas nota, bagi yang lebih 'advance', teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber'couple'.


Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan 'hand made' yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.


Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan 'makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah'. Ungkapan-ungkapan cinta seperti 'sayang awak', 'love you', 'miss you' dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber'couple' ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.


Mengapa Ber'couple' Haram?


Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber'couple', sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.


Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.


Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber'couple'? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."


Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."


Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah,


"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30.


Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,


"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,..." Surah An-Nur(24) ayat 31.


Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.


Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa'(17) ayat 32:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,"Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je" , "Kami keluar makan je" dan "Kami main SMS je." Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta..maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.


Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :


"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."


* Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya'


"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."** (Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)


Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Apa Yang Patut Dilakukan?


Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.


Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. Firman Allah,


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." Surah An-Nuur(24) ayat 26.


Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah,


"Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam." Surah Al-'ankabut(29), ayat 38.


Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.


Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah,


"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Surah Al-A'raf ayat 201.


Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na'uzubillah..Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22,


"Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22)."


Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 :


"Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)"


Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah,


" Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151)." Surah An-Nisaa'(4) ayat 150-151.


Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23,


" Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"


Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,


" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."


Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua'lam..
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.


Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.


Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.


Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.-

Wallah hu alam..


"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik." Al-An'Am:49


Monday, June 9, 2008

Blogging life huh?..

Salam...
LoL.. 1st time aku membuat blog2 neh..
ehh.. bukan 1st time, be4 this dah ade blog kt Friendster ngan blog Mespes..
Ngeee...
Adoyai.. Neh ptg2 pas lunch tadi tibe2 terase plak nak bukak satu blog kt sini..
So, blog aku neh insya-Allah aku postkan bende2 berkaitan isu2 politik semasa, Agama dan lain2..
So, juz wait and wait..
X taw la bile lagi aku nak post dalam blog neh..
Mayb next week? Next Year?.. nah..
Tunggu je la.. ade mood aku post kay..
Ngeee.. !! Daa...
Wassalam..